Harian Metro

Derita ‘ajar’ Wenger erti kesabaran

-

London: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menyatakan penderitaa­n adalah sebahagian daripada tugas selaku pengurus dan mengakui beliau juga melaluinya ketika ini.

Begitupun senyuman kembali di wajah pengendali dari Perancis itu kelmarin selepas pasukannya menamatkan empat kekalahan berturut-turut apabila menewaskan AC Milan 2-0 di San Siro dan semakin hampir ke suku akhir Liga Europa.

“Mana-mana pengurus akan memberitah­u anda apabila anda tidak mendapat keputusan yang bagus perkara pertama yang memberi kesan adalah perasaan, kurang tidur,” kata

Wenger.

“Saya sudah menguruska­n 820 lebih perlawanan Liga Perdana dan 200 perlawanan peringkat Eropah dan tiada kemungkina­n tidak akan merasai derita. Anda perlu menderita. Anda perlu melalui tempoh ketika ia sangat sukar.”

Masa depan Wenger di Arsenal, tempat beliau memegang tanggungja­wab itu sejak 1996, menjadi perdebatan berterusan dengan pasukannya kini di kedudukan keenam Liga Perdana dan tewas 0-3 di tangan Manchester City pada final Piala Liga.

Menurutnya, beliau mendapat mesej sokongan daripada pengurus dulu dan sekarang, termasuk pesaing lamanya Alex Ferguson dan mencari penyelesai­an masih menjadi sesuatu yang menarik dalam tugasannya.

“Keinginan mencari penyelesai­an memang menarik,” katanya.

“Apabila anda seorang pengurus muda anda rasa anda boleh menang setiap perlawanan tapi ia bukan seperti itu. Ia berkaitan untuk terus hidup selepas kekecewaan. Ia boleh menjadikan anda pengurus yang lebih baik.”

Wenger berkata, wang dan ‘status bintang’ menjadi terlalu penting dalam bola sepak.

“Pada hujungnya saya perlu mempertaha­nkan apa yang penting buat kelab,” katanya.

“Saya bersyukur saya dihormati dalam permainan ini. Yang pertama dalam bola sepak ialah nilai dan apa yang saya kesalkan ia tidak lagi diendahkan.” - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia