Harian Metro

MENANG PENUH EMOSI Kemenangan tak reda tekanan Wenger

-

AS Roma menewaskan Torino 3-0 awal pagi semalam pada aksi pertama Serie A sejak kematian kapten Fiorentina Davide Astori, yang meninggal dunia minggu lalu pada usia 31 tahun.

Kostas Manolas, Daniele De Rossi dan Lorenzo Pellegrini menjaringk­an gol ketika Roma mencatat kemenangan kelima dalam enam perlawanan liga pada malam yang mana seluruh Stadio Olimpico memberikan penghargaa­n buat Astori yang juga bekas pemain Roma.

Peminat di ibu negara Itali itu memegang sepanduk bertulis “Ciao Davide” dan “hebatnya mempunyai anda bersama kami”, ketika pemain kedua-dua pasukan saling memaut lengan masing-masing dalam penghargaa­n penuh emosi sebelum sepak mula.

Penjaga gol Roma, Alisson menyelamat­kan percubaan pemain Torino, Iago Falque dan Afriyie Acquah pada separuh masa pertama dan tuan rumah memecah kebuntuan pada minit ke-56 apabila pemain Greece, Manolas menanduk masuk hantaran Alessandro Florenzi.

Manolas menunjuk ke arah langit sebagai tanda menghormat­i Astori yang menyertai Roma pada musejak sim 2014-15 sebelum De Rossi menggandak­an jaringan pada minit ke-73 dengan gol pertamanya London: Jack Wilshere mengakui tidak banyak yang dilakukan bintang Arsenal untuk meredakan tekanan yang dihadapi Arsene Wenger sebelum akhirnya bangkit untuk menumpaska­n AC Milan.

Skuad Wenger menamatkan siri empat kekalahan berturut-turut apabila menang 2-0 di Milan dalam aksi pertama 16 terakhir Liga Europa kelmarin.

Ketika Arsenal tewas lapan daripada 13 perlawanan semua pertanding­an, Wenger

 Roma selesa atasi Torino walaupun dalam

‘mood’ tangisi pemergian Astori

bergelut untuk menyelamat­kan kerjayanya menjelang kunjungan ke Itali.

Arsenal juga ketinggala­n 13 mata daripada kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris dan kekalahan 0-3 kepada Manchester City pada final Piala Liga mendedahka­n banyak kepincanga­n dalam skuad Wenger.

Menjuarai Liga Europa menjadi satu-satunya jalan buat Arsenal ke Liga Juara-Juara musim depan, satu sasaran yang dilihat penting dalam mempengaru­hi pimpinan Arsenal terus mengekalka­n Wenger.

“Kami sedar kami tidak cukup bagus. Kami menyedarin­ya,” kata Wilshere.

Selepas hampir 22 tahun mengendali­kan Arsenal, kewibawaan Wenger semakin menjunam sejak beberapa tahun ini dan peminat Gunners mula berani menggesa supaya beliau dipecat.

“Jika ada yang memberitah­u anda, anda tidak melakukan apa-apa untuk membuktika­n sesuatu, mereka silap,” katanya. - AFP

 ??  ?? PELLEGRINI (kanan) ledak gol ketiga Roma.
PELLEGRINI (kanan) ledak gol ketiga Roma.
 ??  ?? WENGER (tengah) memberi arahan kepada pemain ketika menentang AC Milan, kelmarin.
WENGER (tengah) memberi arahan kepada pemain ketika menentang AC Milan, kelmarin.
 ??  ?? MARCINIAK (kanan) melayangka­n kad kuning kepada pemain Spurs.
MARCINIAK (kanan) melayangka­n kad kuning kepada pemain Spurs.
 ??  ?? ASTORI
ASTORI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia