Harian Metro

Pengadil ‘bantu’ Juventus?

-

London: Mauricio Pochettino memberitah­u pegawai kanan Juventus memberi tekanan terhadap pengadil sewaktu mereka menewaskan Tottenham dalam aksi Liga Juara-Juara dan menjelaska­n juara Itali itu pakar dalam mencipta kejayaan.

Kekalahan 1-2 Spurs di Wembley awal pagi Khamis lalu bermakna mereka tersingkir daripada pertanding­an itu dengan agregat 3-4 meskipun mendominas­i hampir keseluruha­n perlawanan.

Pengurus Tottenham Pocehttino mendakwa presiden Juventus, Andrea Agnelli dan pengurus besar Giuseppe Marotta menghabisk­an masa di terowong sebelum, semasa dan selepas perlawanan.

Malah, beliau berasakan kelab Itali itu melakukan segala-galanya yang termampu untuk layak ke suku akhir termasuk cuba memberi tekanan kepada pengadil dari Poland, Szymon Marciniak.

Pengurus Argentina itu percaya pasukan Liga Perdana Inggeris boleh mempelajar­i perkara itu pada masa depan.

“Saya fikir ia situasi penting yang perlu anda pelajari. Jika anda hanya melihat daripada statistik dua perlawanan, saya fikir Tottenham jauh lebih bagus,” katanya.

“Dalam hal tertentu ketika pertanding­an, ia memerlukan sesuatu yang berbeza. Saya fikir Juventus adalah pakar kerana mereka mempunyai tabiat untuk menang dan memberi tekanan terhadap pengadil.

“Pemiliknya berada di koridor dalam terowong sebelum atau ketika perlawanan. Ia satu kelab dengan budaya untuk melakukan segala-galanya untuk membantu pasukan.

“Sebelum perlawanan itu ada Agnelli, selepas perlawanan ada Agnelli dan Marotta. Saya melihat pada separuh masa bagaimana mereka memberi tekanan terhadap pengadil. Saya fikir perkara itu membantu kelab berkenaan.” - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia