Harian Metro

Shahidan sedia pulih Perlis

- Muhammad Mustakim Ramli m.mustakim@bh.com.my

Kangar: Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) Datuk Seri Shahidan Kassim memberi bayangan mahu mengembali­kan zaman kegemilang­an Singa Utara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Shahidan berkata, sudah tiba masanya untuk Singa Utara kembali memberi saingan selepas beberapa musim dianggap ‘hilang’ dalam saingan arus perdana bola sepak tanah air.

“Hampir 10 tahun kami hilang, sudah tiba masanya kami kembali menggegark­an arena bola sepak negara.

“Saya tahu ketika ini PFA mempunyai masalah kewangan dan presidenny­a (Ir Shaharuddi­n Ismail) ada berjumpa saya meminta tolong dan saya akan membantuny­a,” katanya, semalam.

PFA sebelum ini berdepan masalah kewangan selepas sebuah syarikat korporat menarik diri pada saat akhir daripada menaja pasukan itu.

Susulan itu, pasukan itu berdepan dengan masalah pembayaran gaji pemain difahamkan tertunggak sebulan.

Bagaimanap­un, ketika ditanya sama ada sedia menjadi Presiden PFA semula, Shahidan enggan mengulas.

“Setakat ini saya mahu membantu rakan (Presiden PFA) dulu. Tunggu lepas PRU nanti,” katanya.

Mengikut rekod, ketika PFA di bawah kendalian Shahidan, skuad Singa Utara menjadi antara pasukan yang digeruni dengan menjulang pelbagai kejuaraan.

Antaranya, muncul juara Piala Malaysia dua kali pada 2004 dan 2006, selain mengunggul­i Liga Super 2005.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia