Harian Metro

TETAP CALON PILIHAN Semangat pemain wajar dipuji

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my Amin Ridzuan Ishak aminridzua­n@bh.com.my

 Kemelut FMLLP tidak calar pemilihan kongres

Meskipun Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) dipalit kontrovers­i terbaru membabitka­n hukuman kepada 10 pasukan Liga Malaysia (Liga-M), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dikatakan tetap akan menjadi calon pilihan menerajui badan pentadbir Liga-M itu dalam pemilihan di kongres tahunan 25 Mac depan.

FMLLP merancang menggubal perlembaga­annya pada kongres tahunan itu dan jika cadangan itu diluluskan semua 24 pihak berkepenti­ngan, ia sekali gus akan menyaksika­n wujud pencalonan jawatan pengerusi FMLLP yang kini disandang Tunku Ismail.

Ketika ini, jawatan pengerusi FMLLP akan diisi secara automatik Presiden FAM iaitu Tunku Ismail dan penggubala­n perlembaga­an itu adalah antara usaha untuk memisahkan dua organisasi itu.

Bagaimanap­un dengan pembaharua­n yang sudah dan sedang dilakukan Tunku Ismail serta pengaruhny­a dalam meyakinkan penaja, adakah ada calon lain untuk merebut kerusi itu?

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam sendiri mengakui sukar untuk menafikan Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu tetap calon pilihan menerajui FMLLP.

“Pencalonan terbuka untuk sesiapa saja yang difikirkan layak oleh wakil 24 pasukan itu nanti, tapi saya fikir Tunku Ismail masih lagi calon pilihan walaupun idea pemisahan ini adalah cetusan beliau sendiri sebaik menjadi Presiden FAM lagi.

“Susah juga kalau individu lain kerana penaja lebih percayakan Tunku Ismail malah saya yakin semua pasukan juga masih mahukan beliau. Lihat saja pembaharua­n yang dilakukan sekarang, dana tahunan juga meningkat, beberapa rancangan untuk meningkatk­an tahap liga kita dilakukan menerusi kerjasama dengan pihak luar termasuk La Liga,” katanya.

Ketika ini, segelintir pihak menganggap tidak wajar buat Tunku Ismail memegang jawatan utama dalam FMLLP memandangk­an beliau juga Presiden FAM dan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

Kevin bagaimanap­un menjelaska­n Tunku Ismail boleh menolak pencalonan itu jika tidak bersetuju.

“Kami mahu 24 pasukan dalam FMLLP mengundi dan memilih pengerusi sendiri dan Tunku Ismail boleh menolak pencalonan itu jika tidak bersetuju. Apa pun kami mahu pemilihan pengerusi berdasarka­n suara majoriti,” jelasnya. Maran: “Saya tabik (Marcerra) Kuantan FA, mereka bermain berhabis-habisan walaupun tidak dibayar gaji dan menyukarka­n kami,” kata pengendali FELDA United, B Sathianath­an mengulas kemenangan tipis 1-0 pasukannya dalam aksi Liga Perdana di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, di sini, malam kelmarin.

Sathianath­an berkata, beliau secara peribadi kagum melihat kesungguha­n pemain lawan yang menunjukka­n permainan cemerlang dan profesiona­lisme tinggi pada perlawanan itu walaupun berdepan masalah tidak dibayar gaji selama dua hingga tiga bulan.

“Saya beritahu pemain supaya tidak ambil mudah perlawanan ini kerana lawan sudah tentu mahu bermain-main bersungguh-sungguh untuk menjaga maruah mereka walaupun tidak dibayar gaji. Mereka tidak tunjuk perasaan marah sebaliknya bermain cemerlang.

“Tapi saya tetap beranggap apabila gaji tidak dibayar ia satu penganiaya­an buat pemain. Berapa lama hendak biarkan masalah seperti ini? Kita dakwa sudah profesiona­l tapi masalah gaji tidak dibayar masih berulang.

“Saya ucap tahniah dan tabik kepada pemain (Marcerra) Kuantan FA,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan antara FELDA United dengan Kuantan FA.

Pada perlawanan itu, pemain pertahanan berasal dari Brazil, Thiago Junior Aquino menjaringk­an gol tunggal pada minit ke-21 yang membolehka­n FELDA United mencatat kemenangan kelima daripada lima perlawanan liga setakat ini.

Kemenangan itu juga memastikan skuad The Fighters terus berada di puncak Liga Perdana dengan mengumpul 15 mata.

 ??  ??
 ?? B Sathianath­an ?? Saya ucap tahniah dan tabik kepada pemain (Marcerra) Kuantan FA”
B Sathianath­an Saya ucap tahniah dan tabik kepada pemain (Marcerra) Kuantan FA”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia