Harian Metro

‘KELUAR LIGA M’

- Mohd Rafi Mamat sukanteam@nstp.com.my Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

 Jamal cadang 10 pasukan tarik diri sebagai tanda

bantah tindakan FMLLP kenakan denda tinggi

Bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail mencadangk­an 10 pasukan yang terbabit dengan isu denda RM500,000 dan RM1.5 juta oleh Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) supaya meninggalk­an Liga Malaysia.

Menurutnya, tindakan drastik itu perlu diambil sekiranya FMLLP terus berkeras mengenakan denda berkenaan kepada pasukan terbabit yang gagal melengkapk­an dokumen pendaftara­n musim ini.

“Mereka tidak seharusnya terlalu bertegas dan menunjukka­n kuasa dengan mengenakan hukuman berat terhadap pasukan yang terbukti melakukan kesalahan.

“Pada saya, hukuman denda itu bukan tindakan

(gambar)

Kuala Lumpur: bijak kerana lebih banyak mendatangk­an kemudarata­n daripada kebaikan kerana bakal mengundang berlakunya kemelut kewangan.

“Jadi, saya mencadangk­an pasukan terbabit menarik diri daripada bersaing dalam Liga Perdana dan Liga Super sebagai tanda bantahan terhadap keputusan itu.

“Sekiranya perbincang­an tidak dapat menyelesai­kan masalah, tindakan menarik diri itu mungkin jalan penyelesai­an yang tepat,” katanya semalam.

Menurutnya, FMLLP seharusnya memberi peluang kepada 10 pasukan yang dianggap cuai itu membuat rayuan dengan hukuman denda berat hanya boleh dikenakan jika masih mengulangi kesilapan sama.

“Saya rasa sekiranya denda tinggi dikenakan ia akan hanya mengundang masalah kewangan yang mendorong kepada isu hutang serta tunggakan gaji pemain,” katanya.

Enam pasukan yang terbabit dalam isu denda RM500,000 itu membabitka­n MIFA, Kuantan FA, Sarawak, Pulau Pinang, UKM FC dan PDRM FC yang bersaing dalam Liga Perdana. Empat pasukan Liga Super yang didenda

RM1.5 juta pula adalah Kelantan,

Kuala Lumpur,

Selangor dan

PKNS FC.

Selain itu, pasukan terbabit turut dikenakan hukuman pemotongan tiga hingga enam mata namun ditangguhk­an hingga 31 Disember ini bagi memberi peluang kedua.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Pengerusi FMLLP sebelum ini menegaskan, pihaknya tidak menghalang mana-mana pasukan mahu menarik diri jika tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan.

 ??  ?? BAKRI mahu FMLLP kaji semula jumlah denda.
BAKRI mahu FMLLP kaji semula jumlah denda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia