Harian Metro

MIFA ubah fikiran

- Devinder Singh devinder@nst.com.my

Kuala Lumpur: MIFA tidak berhasrat untuk menarik diri daripada Liga Perdana namun mungkin akan mengehadka­n operasi mereka jika rayuan mereka supaya denda RM500,000 dikurangka­n tidak berjaya.

MIFA adalah antara 10 pasukan yang dikenakan denda berjumlah RM9 juta oleh Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) kerana lewat atau menghantar dokumen pendaftara­n yang tidak lengkap.

Selepas Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan kelmarin bahawa pasukan yang mahu menarik diri daripada Liga-M boleh berbuat demikian, Presiden MIFA Datuk T Mohan menegaskan kelab itu berharap dapat mengelak daripada mengambil keputusan itu.

“Bukan niat kami untuk menarik diri kerana kami mahu bermain bola sepak dan bekerja demi komuniti kami, tapi kami sebuah kelab dengan bajet rendah dan tidak mempunyai sokongan kerajaan negeri atau syarikat

(gambar)

berkaitan

Mohan.

“Jika kami perlu membayar denda, pastinya sukar untuk kami teruskan biarpun kami mempunyai penaja yang mahu membantu.

“Kami akan memfailkan rayuan kepada FMLLP minggu depan dan berharap mereka mempertimb­angkan situasi kami. Sebaik keputusan dibuat jawatankua­sa eksekutif kami akan bermesyuar­at untuk membincang­kan hala tuju masa depan.”

Dengan bajet RM6 juta musim ini, denda RM500,000 membabitka­n satu perenam kos operasi MIFA.

kerajaan,”

kata

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia