Harian Metro

Hukuman tak masuk akal

-

Walau apa jua alasan, tindakan Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) mengenakan denda berat ke atas 10 pasukan kerana kegagalan melengkapk­an pendaftara­n tetap dianggap tidak profesiona­l dan keterlalua­n.

Bekas pemain kebangsaan,

Bakri Ibni berkata, walaupun

FMLLP diberi kuasa menentukan bentuk hukuman mengikut Perkara 43 (Pematuhan Peraturan) seperti terkandung dalam Liga M, tindakan badan pentadbir liga itu dilihat tidak rasional.

“Saya bersetuju FMLLP mengenakan denda ke atas persatuan atau kelab yang gagal melaksanak­an tanggungja­wab mereka berbanding tindakan memotong mata pasukan seperti dilaksanak­an musim lalu.

“Ia sebagai pengajaran kepada mereka, sesuai depasukan ngan bola sepak kita yang sudah berstatus profesiona­l. Tapi, berpada-padalah menjatuhka­n hukuman, ikut kesesuaian liga kita, bukan mengikut cita rasa sendiri.

“Hukuman itu biarlah ‘masuk akal’. RM1.5 juta dan RM500,000 itu bukan kecil, ia boleh melumpuhka­n pasukan. Sepatutnya denda RM100,000 atau RM50,000 sudah memadai.

“Alasan setiap pasukan sudah diberikan dana tambahan musim ini tidak boleh dijadikan ukuran. Takkan dah beri, FMLLP nak kutip balik dengan cara mengenakan denda yang tinggi.

“Malah, walaupun semua itu boleh membuat rayuan tapi berapakah jumlah denda yang boleh dikurangka­n? Saya tak fikir FMLLP akan turunkan daripada RM1.5 juta kepada RM100,000 sahaja,” ujar Bakri.

Beliau berkata, FMLLP sepatutnya menetapkan lebih awal dalam undang-undang bentuk hukuman yang bakal dikenakan ke atas persatuan yang melakukan kesalahan tertentu.

“Perlu ada ketetapan bukan menghukum ikut keadaan. Dengan cara ini setiap persatuan atau kelab sudah sedia maklum daripada awal apakah risiko yang bakal mereka hadapi jika melanggar undang-undang berkenaan.

“Malah, saya yakin pendekatan mendidik lebih berkesan daripada menghukum kerana walaupun sudah bergelar profesiona­l, kelab-kelab di Malaysia masih dalam proses pembelajar­an untuk memahami apa itu profesiona­l,” kata Bakri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia