Harian Metro

‘Jangan bagi Rufino mengganas’

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Perak perlu memberi ‘suntikan penenang’ kepada Rufino Segovia bagi mengelak penyerang Selangor itu mengganas apabila kedua-dua pasukan bertemu di Stadium TLDM, Lumut, malam ini.

Ini kerana Rufino mempunyai deria gol yang hebat sekali gus mampu menjadi pemusnah The Bos Gaurus jika tidak ‘ditenangka­n’ oleh bahagian pertahanan pasukan itu.

Ketua pasukan, Nasir Basharuddi­n berkata, penyerang import dari Sepanyol itu pantas menghidu peluang serta kerap berada pada masa dan posisi yang tepat untuk menjaringk­an gol.

“Kebanyakan jaringan Rufino kerana kepantasan dan kebijaksan­aannya mencari ruang untuk menerima hantaran. Selalunya bila bola sampai, dia sudah berada di situ untuk melakukan penyudah.

“Keistimewa­an dimiliki Rufino kerap memerangka­p lawan. Inilah yang perlu diberi perhatian oleh benteng pertahanan Perak kerana jika terleka, dia boleh menghukum kami,” ujar Nasir.

Nasir berkata, mereka juga perlu memastikan bola tidak sampai ke kaki Segovia dengan lebih awal mematahkan serangan dari kedua-dua bahagian sayap Selangor.

“Pemain sayap Selangor perlu disekat daripada melakukan hantaran ke dalam kawasan gol kami kerana mereka yang kerap menjadi pembekal kepada Rufino. Tanpa hantaran mereka penyerang itu tidak berkesan,” katanya.

Begitupun menurut Nasir, pemain seperti Amri Yahyah, Syahmin Safari dan pemain import Indonesia, Ilham Armaiyn Udin juga perlu diberi perhatian kerana kelincahan mereka mampu merobek pintu gol Perak.

Nasir berharap Perak dapat mengulangi kecemerlan­gan ditunjukka­n ketika mengalahka­n Sarawak

3-1 pada pusingan Piala FA, hujung minggu lalu.

 ??  ?? RUFINO
RUFINO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia