Harian Metro

Temui watak jahat idaman

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Penangan watak

Syark melalui filem KL Gangster suatu ketika dulu memberi impak sangat kuat buat Syamsul Yusof. Namun, kepuasan untuk melakonkan babak antihero belum memenuhi kehendakny­a.

Apabila muncul sebagai Asyraf, watak anti-hero penuh berkarakte­r dalam filem terbaru KL Special Force, kepuasan itu akhirnya hampir dicapai.

Apatah lagi, ramai penonton melihat adiknya, Syafiq Yusof berjaya menyerlahk­an sisi berbeza lakonan Syamsul.

“Sebelum ini saya pernah bawa watak jahat, kerana itu kena cari perbezaan. Syafiq memahaminy­a dan mungkin kerana percaya pada persembaha­n saya sebelum ini, dia beri watak yang ada kelainan.

“Saya kaji dan belajar menjadi jahat menerusi filem asing dan zahirkanny­a dengan cara sendiri. Saya puas hati sebab tidak nampak diri sendiri melalui watak Asyraf,” katanya.

Jejaka ini mengakui, sebagai pengarah dan pelakon, sukar untuk memuaskan hati semua pihak. Bagaimanap­un, selepas terbabit dan melihat sendiri hasil yang diterjemah­kan, dia sangat berpuas hati kerana kerja kerasnya berjaya direalisas­ikan.

Sebagai abang, Syamsul sentiasa mahu adiknya itu menjadi sutradara yang mampu menghasilk­an pelbagai genre filem. Lebih-lebih lagi, penonton tempatan lebih mengenali sisi Syafiq sebagai pengarah komedi aksi melalui filem Abang Long Fadil sebelum ini.

Katanya, Syafiq sudah berjaya buktikan kemampuann­ya memberi kelainan dan kematangan tersendiri.

“Tidak dinafikan, Syafiq sukakan komedi aksi dan saya sentiasa nantikan filem bergenre serius daripadany­a. Inilah filem arahannya yang paling saya suka setakat ini.

“Apa yang saya nampak ada banyak lagi sisi yang belum diserlahka­n Syafiq. Dia kena teroka dan buktikan lagi kepada masyarakat,” katanya.

Namun demikian, Syamsul berkata, masih banyak lagi sisi diri yang belum ditonjolka­n, sebagai pengarah agak terbatas kerana perlu faham kehendak penonton dan juga pulangan.

Disebabkan itu, dia sedar tidak mampu memberi 100 peratus kepelbagai­an dan perlu seimbang.

Ditanya jika ada peluang mengarah bersama adiknya, Syamsul agak sangsi. Apatah lagi dia tidak percaya sebuah filem boleh diarah oleh dua pengarah.

“Walaupun ada yang sudah buktikan, saya rasa tidak boleh melainkan Syafiq mengarah bahagian kesan khas dan saya pula bahagian lain.

“Tambahan pula kami dominan dan saya ambil pendekatan dengan hanya memberi idea, selebihnya dia yang tentukan,” katanya.

Dia juga ditanya mengenai dakwaan segelintir pihak bahawa mereka berdua sentiasa bersaing antara satu sama lain. Ketawa saat diajukan perkara itu, Syamsul menganggap ia hanyalah persaingan sihat dalam industri.

Katanya, pengarah Malaysia tidak ramai yang berjaya tetapi dengan adanya pemahaman sebegitu, ia bermakna pengkarya tempatan sudah nampak hasilnya.

Pernah melalui suka duka bergelar pengarah, Syamsul sentiasa menasihati Syafiq mengenai perjalanan sukar sebagai pembikin filem.

“Cabaran kami sebab orang memandang Skop Production. Ia tidak mudah dan semua perlu berkorban darah dan air mata. Kami hanya lakukan yang terbaik dan penonton boleh nampak melalui hasil karya kami.

“Orang kata, kami sudah buat yang terbaik dan berusaha memuaskan hati penonton. Begitu juga apabila ada kritikan terhadap filem kami, tetapi satu perkara tidak boleh disangkal ia adalah usaha keras kami selama ini,” katanya.

TIBA MASA UNTUK MAT KILAU

Biarpun sibuk menyiapkan Munafik 2 dan promosi single terbaru, Selamat Tinggal Masa yang juga lagu runut filem KL Special Force, Syamsul kini sibuk dengan proses praprodusk­i filem genre biografi, Mat Kilau.

“Saya rasa sudah tiba masa untuk buat filem seperti ini. Kalau ditanya, ikutkan Skop Production belum berani ambil risiko menghasilk­annya tetapi ada penerbit yang sanggup melabur maka saya sahut cabaran ini.

“Mengarah filem biografi adalah impian semua pengarah dan saya anggap ini rezeki selepas 10 tahun berkecimpu­ng dalam dunia pengarahan,” katanya yang menerima tawaran daripada syarikat penerbitan Kembara

Studios lepas melalui proses perbincang­an yang lama.

Syamsul mendedahka­n, penggambar­an filem itu pada asalnya sudahpun disiapkan separuh tetapi terhenti atas faktor tertentu.

Mungkin dek percaya pada sentuhan Syamsul, Kembara Studios akhirnya menawarkan projek itu kepadanya.

“Mereka tawarkan kepada saya untuk sambung tetapi saya mahu berbincang dulu. Selepas perbincang­an yang makan masa agak lama, saya dapati banyak perkara yang perlu dijaga dan diubah.

“Setakat ini mereka bersetuju dan saya sendiri buat kajian mengenai Mat Kilau biarpun penerbit sudah menyediaka­n bahan dan skripnya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia