Harian Metro

Bakat Idayu terserlah

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Awal kemunculan menerusi pentas pertanding­an Akademi Fantasia musim ketiga, ramai mengagumi vokal Nur Farah Idayu atau Idayu yang mampu menyanyika­n lagu nada tinggi serta julat suara 4.6 oktaf.

Bagaimanap­un, entah di mana silapnya, kehadiran Idayu dalam industri tanah air tidak bertahan lama. Dia menyepi tanpa sebarang berita.

Muncul semula menerusi pertanding­an AF Megastar, wanita itu membuktika­n dia layak berada di persada seni suara.

Menjulang trofi juara, ia sekali gus mengiktira­f bakat Idayu dan mengembali­kan sinarnya sebagai penyanyi.

Baru-baru ini, nama Idayu sekali lagi menjadi sebutan kerana meniru suara penyanyi tempatan dan antarabang­sa.

Paling mendapat pujian adalah kebolehan Idayu cuba menyanyika­n lagu Michael Jackson dan Rahmat Ekamatra.

Ditanya mengenai perkara itu, kata Idayu, dia sendiri terkejut apabila mendapati dia boleh meniru suara penyanyi lelaki.

“Masa zaman belajar dulu saya sudah selalu meniru suara penyanyi tempatan dan antarabang­sa. Namun, hanya sekadar suka-suka menyanyi di hadapan kawan-kawan.

“Mereka sudah lama suruh saya rakam dan muat naik ke media sosial untuk dikongsika­n bersama peminat.

“Cuma ketika itu saya masih belum ada keberanian. Sekarang, saya buat kerana sokongan rakan-rakan dan mendapat bantuan jurutera bunyi.

“Bagaimanap­un, hanya

Hebat tiru suara penyanyi tempatan

serta antarabang­sa

tahun lalu baru saya tahu boleh meniru suara lelaki.

“Selepas siap rakaman, saya dan kawan-kawan ketawa mendengar nyanyian saya,” katanya.

Idayu berkata, dia mengalami sedikit kesukaran ketika meniru suara Jackson.

Itu kerana menurutnya, setiap cara sebutan, intonasi serta gaya nyanyianny­a harus tepat walaupun tidak sama 100 peratus.

Jelas Idayu, tidak mudah meniru suara penyanyi lain. Dalam setiap rakaman dia masih menyelitka­n 10 peratus suaranya kerana mahu mengekalka­n idenditiny­a.

Selepas rakaman itu tular, ramai mula membuat permintaan agar dia meniru suara penyanyi kesayangan mereka. Namun, menurut Idayu, dia hanya boleh meniru suara segelintir selebriti sahaja.

“Tidaklah terlalu sama pun. Cuma 90 peratus yang boleh ditiru. Kalau dengar betulbetul masih ada suara Idayu. Mana boleh tiru 100 peratus. Itu memang mustahil.

“Ramai mencadangk­an saya menyanyika­n lagu artis pilihan mereka namun saya tidak boleh meniru suara semua penyanyi.

“Kalau yang ada suara halus dan nyaring itu saya angkat tangan,” katanya.

Dalam pada ramai memuji, ada juga komen negatif netizen terpaksa ditelan Idayu. Rata-rata menuduh Idayu sekadar ‘miming’ dan bukannya menggunaka­n suara sendiri.

“Ada cakap saya ‘miming’. Mereka cakap ingin dengar saya nyanyi secara langsung. Saya pun muat naik suara sebenar. Masalah selesai.

“Mereka mungkin tidak percaya kerana tidak biasa mendengar suara saya ketika menyanyi. Iyalah, saya bukan siapa siapa dalam industri.

“Kalau dengar betul-betul, sebenarnya ada bahagian tertentu yang sumbang tetapi saya biarkan kerana itu salah satu bukti saya tidak ‘miming’,” katanya.

 ??  ?? Masa zaman belajar dulu saya sudah selalu meniru suara penyanyi tempatan dan antarabang­sa. Namun, hanya sekadar sukasuka menyanyi di hadapan kawan-kawan
Masa zaman belajar dulu saya sudah selalu meniru suara penyanyi tempatan dan antarabang­sa. Namun, hanya sekadar sukasuka menyanyi di hadapan kawan-kawan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia