Harian Metro

Suami tak serik layan mak nyah

-

Beberapa minggu lalu, kecoh pasal isu rumah tangga sepasang selebriti popular sehinggaka­n ramai netizen golongan ‘mak cik bawang’ mula masuk campur.

Tapi cerita yang Cik Pang baru dengar ini pastinya menghangat­kan lagi perbincang­an sesi ‘potong bawang’ golongan itu!

Kata teman Cik Pang, suami selebriti itu berdepan masalah rumah tangga bukan disebabkan ada isteri baru tetapi dia mempunyai selera luar yang luar biasa.

Si suami didakwa sering melayan ‘mak nyah’ walau pun sudah berkahwin. Malangnya, bekas isteri pertama tidak tahu mengenai selera luar biasa si suami.

Bekas isteri pertama hanya mengetahui aktiviti itu selepas mereka bercerai dan bekas suaminya berkahwin pula dengan isteri sekarang yang juga selebriti popular.

Kata teman Cik

Pang, ingatkan selepas berkahwin lain, aktiviti itu sudah ditinggalk­an dan dia berubah tetapi rupa-rupanya masih ligat seperti dulu.

Lebih jelik, si suami melakukan hal sama tanpa dihidu isteri baru yang kini menjadi mangsa kritikan netizen.

Ikutkan hati mahu sahaja Cik Pang dedahkan banyak lagi sikap angkuh si suami selebriti itu yang bijak mengelak daripada terus dihentam masyarakat.

Apapun, Cik Pang cuma boleh berharap Tuhan akan kurniakan kesabaran kepada selebriti itu dalam mengharung­i cabaran sebagai isteri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia