Harian Metro

Aman fokus hala tuju

-

mana lagu ini mampu pergi. Bukan sebab tidak bagus tetapi semuanya juga bergantung pada rezeki.

“Alhamdulil­lah, selepas beberapa bulan dilancarka­n stesen radio besar seperti

Era FM dan Hot FM mula memainkann­ya. Lebih melegakan saya, Sulit berjaya mendapat kedudukan membanggak­an dalam beberapa carta muzik,” katanya.

Sekali gus, Aman berharap ada sinar buatnya untuk pergi jauh berbekalka­n lagu itu termasukla­h mendapat peluang bertanding di Anugerah Juara Lagu (AJL).

“Menghadiri AJL barubaru ini, saya amat kagum dengan kejayaan rakan seperjuang­an yang berjaya di pentas itu. Terus saya memasang impian untuk beraksi di AJL pula suatu hari nanti.

“Bukan apa, berada di pentas AJL adalah impian semua penyanyi di Malaysia. Saya perlu berusaha lebih keras untuk ke tahap itu dan mudahmudah­an ada rezeki satu hari nanti,” katanya.

Dalam pada itu,

Aman tidak berhentihe­nti berharap namanya terus menjadi perhatian sebagaiman­a lagu Sulit. Mutakhir ini, Sulit terus mendominas­i beberapa carta dan beberapa kali mendapat tempat pertama di stesen Era FM.

Aman menyifatka­n pencapaian itu memberikan sinar buatnya terutama tahun ini.

“Peminat nampaknya semakin sukakan Sulit dan terus mengundi.

“Ramai orang industri juga tidak henti-henti memberikan sokongan dengan membantu mempromosi­kan lagu ini,” katanya.

 ??  ?? AMAN terharu
Sulit makin diterima baik.
AMAN terharu Sulit makin diterima baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia