Harian Metro

Suntik inspirasi wanita

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Lin bertugas di Zayan FM manakala

Anna penyampai Gegar FM

Kalau diukur pengalaman bertugas di konti radio, dua wanita ini boleh dianggap masih hijau. Namun, menariknya mereka ada imej tersendiri.

Bagi Lin Ariffin, tampil berhijab tidak menghalang­nya berfesyen. Bertudung membuatkan

Lin tampil lebih yakin dan bergaya.

Manakala, Anna Aljuffrey pula berjiwa lasak dan memilih motosikal berkuasa tinggi sebagai pengangkut­an hariannya.

Mampu menyuntik inspirasi buat golongan wanita negara ini, tegas Lin dan Anna pilihan di tangan tuan punya badan.

Bertemu mereka baru-baru ini, Lin atau

Siti Amalina Ariffin,

30, bertugas di Zayan FM manakala Anna atau nama sebenar Sharifah

Nur Farhana Syed

Talib Aljuffrey, 27, pula penyampai Gegar FM yang dulunya dikenali sebagai THR Gegar.

Menurut Lin, tidak pernah terlintas di fikiran menceburi dunia penyiaran radio.

“Selepas beberapa bulan bertugas di konti Zayan FM, saya makin selesa.

“Pendengar pun sudah mula mengenali Zayan FM dan saya pula penyampai radio wanita tunggal stesen ini.

“Setakat ini, saya puas dapat berkongsi pelbagai maklumat dengan pendengar merangkumi fesyen Muslimah, aktiviti pelanconga­n, makanan halal dan riadah.

“Bagi saya, apa yang dikongsika­n itu wadah terbaik yang boleh dimanfaatk­an masyarakat Islam,” katanya.

Ibu kepada Edruce

Adam Muhammad Azreen yang berusia dua tahun ini bersyukur suami memahami kerjayanya.

“Saya beruntung suami dan keluarga merestui keputusan saya menceburi dunia penyiaran radio.

“Berkat sokongan tidak berbelah bahagi itu, saya dapat mengenal pasti bakat lain yang ada dalam diri.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia