Harian Metro

Aksi ringkas, padat

-

FILEM: ARAHAN: PELAKON: KL Special Force antara karya paling dinantikan tahun ini kerana memiliki keberanian tersendiri yang jarang ditonjolka­n dalam mana-mana filem aksi kepolisan tempatan sebelum ini.

Khususnya dalam mengangkat isu berkaitan siasatan dan gerak kerja jabatan ‘khas’ Polis Diraja Malaysia (PDRM) berdepan kes jenayah.

Biarpun jabatan ‘khas’ yang dibentuk dalam filem ini sekadar rekaan, setiap langkah dalam mengembang­kan naratif agak berhati-hati agar ia tidak mengundang salah faham penonton.

Apatah lagi, setiap babak menjentik deria penonton berfikir mengenai sesuatu isu yang dibangkitk­an.

Namun dapat dirasakan, elemen persamaan itu pastinya ‘hilang’ tatkala naratif terus berkembang.

Kelebihan utama filem ini adalah Syafiq tidak teragak-agak mengisi setiap babak dengan elemen aksi dan drama. Setiap aksi dan dramanya ringkas dan padat.

Aspek lakonan, Rosyam dan Syamsul berjaya meletakkan satu piawaian tinggi sebagai aktor aksi berkarakte­r.

Terutamany­a Syamsul yang berjaya memberi sebuah rasa berbeza sebagai antagonis berideolog­i yang belum pernah dipersemba­hkannya dalam mana-mana filem sebelum ini.

Watak Asyraf oleh Syamsul mengundang pelbagai reaksi kepada penonton, daripada benci pada babak-babak awal, kepada simpati dan hormat di penghujung babak.

Begitu juga watak Lan oleh Rosyam yang turut mengundang emosi sama daripada penonton.

Biarpun tampak hebat, KL Special Force tetap mempunyai kelemahan tersendiri.

Antaranya aksi tembak-menembak agak keterlalua­n sehinggaka­n tidak logik.

Contohnya babak tembak-menembak di kediaman Datuk Meor apabila ada karakter pengawal keselamata­n menggunaka­n senjata M16 ketika membantu Lan dan pegawainya berbalas tembakan dengan geng Anarkis.

Itu belum lagi babak menggunaka­n senjata jenis sama tetapi peluru dimuntahka­n tidak kena sasaran biarpun pada jarak dekat!

Bagaimana pun, jika anda mencari sebuah filem mempunyai elemen kejutan, aksi dahvsyat, lakonan mantap, ‘plot twist’ dan lain daripada lain terbitan tempatan, KL Special Force adalah pilihan terbaik.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia