Harian Metro

Isu berat digarap santai

-

FILEM:

ARAHAN: PELAKON:

Tarikan utama filem ini adalah isu ‘mati pucuk’ yang diangkat dengan santai. Tambahan kepada itu adalah elemen seksual yang mungkin keterlalua­n buat penonton konservati­f.

Antaranya babak ‘onani’, bercium, mengurut, separuh bogel dan wanita berbikini di tepi kolam. Tetapi mujurlah filem ini diklasifik­asikan untuk tontotan 18 tahun ke atas.

Aspek teknikal, filem ini mempunyai usaha baik untuk memberi kelainan melalui kerja kamera, pengredan warna, muzik latar, pencahayaa­n dan elemen kesan khas.

Namun begitu, soal lakonan, JC Chee sebagai Tiger masih mempunyai ruang penambahba­ikan. Pelakon Ola Bola itu dilihat masih ‘teruna’ untuk membawa watak yang mengangkat isu berat seperti ‘mati pucuk’ ini.

Jenaka dilontarny­a kadangkala seperti dipaksa dan terlalu mengikut skrip.

Sesekali, lakonannya nampak terumbang-ambing antara mahu menjadi seorang lelaki ‘gatal’, pemalu atau penakut. Malah lakonan Elvis Chin sebagai teman baik JC jauh lebih meyakinkan.

Pujian harus diberikan kepada Juwei Teoh sebagai teman wanita Tiger bernama Kelly. Walaupun pertama kali berlakon, dia berjaya memberi detik-detik perlu untuk watak dan isu yang dibangkitk­an.

Dari segi naratif, filem ini tetap bersikap adil dengan memberi penyelesai­an yang boleh dianggap ada logik tersendiri.

Get Hard mengisahka­n Tiger, lelaki kacak yang mempunyai masalah ‘mati pucuk’ dipaksa kahwin oleh ibunya dalam tempoh 30 hari.

Pelbagai usaha dilakukan bagi mengubati penyakit itu sehinggala­h ia hampir merosakkan hubungan Tiger dengan kekasihnya, Kelly.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia