Harian Metro

Muaz hos Borak Kopitiam

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Dipilih kendali program bual bicara selepas hadiri uji bakat

Tahun kedua melebarkan sayap di stesen radio Kool FM, rezeki Muaz semakin murah apabila diberikan kepercayaa­n untuk menggalas tanggungja­wab sebagai hos Borak Kopitiam.

Berganding dengan tujuh pengacara lain, Muaz bersyukur kerana dipilih mengendali­kan program bual bicara baru yang ditayangka­n menerusi stesen TV3.

Katanya, sejak bertukar majikan dia sentiasa mencari peluang untuk menjadi hos dengan menghadiri uji bakat. Usaha itu dilakukan selepas mendapat nasihat daripada penyampai senior Kool FM iaitu AG.

“Saya banyak bertanya dan minta nasihat daripada AG untuk memantapka­n lagi kerjaya. Dia suruh saya menghadiri semua uji bakat untuk mencari pengacara program. Diterima atau tidak itu belakang cerita.

“Kemudian, saya juga akan mengikuti

AG ke program yang membabitka­n dirinya. Saya tengok bagaimana cara penyampaia­n dan karakter mereka.

“Alhamdulil­lah, genap setahun bersama Kool FM, saya diberikan peluang untuk menjadi pengacara Borak Kopitiam. Walaupun di tempat lama saya sudah berpengala­man, saya tidak menganggap gandingan saya sebagai orang baru,” katanya.

Sembilan tahun bersama stesen radio kerajaan, pemilik nama sebenar Muazanazzu­din Mohamed sedikit pun tidak berasakan pengalaman itu satu kelebihan untuk dia mendabik dada.

Malahan, dia menganggap Kool FM sebagai universiti baru. Muaz tidak kisah bermula dari bawah kerana situasi itu membuatkan dia mendapat ilmu baru.

“Sembilan tahun bersama stesen radio lain itu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggaka­n. Itu pengalaman yang lain. Cara bekerja di sini juga sangat berlainan maka saya harus belajar cara mereka.

“2018 adalah tahun ‘langgar’ untuk saya. Apa saja tawaran yang datang tidak kira kecil atau besar, saya akan terima. InsyaAllah, mungkin ada rezeki saya untuk kembangkan kerjaya.

“Saya berganding dengan AG dan Haiza untuk segmen PHD

Kool FM. Saya berharap pendengar dapat menerima gandingan kami bertiga. Kami sedang cuba menjadi ‘penyampai’ yang sebenar,” katanya.

Muaz tidak hanya terus mengasah bakatnya sebagai penyampai radio mahupun pengacara, jejaka berusia 34 tahun itu juga belajar untuk menjaga ketrampila­n diri.

“Untuk kekal relevan tidak hanya pada bakat tetapi harus menjaga penampilan. Saya memang menjaga kesihatan agar kekal cergas serta ambil berat soal pemakaian untuk nampak segar di mata anak muda.

“Ini adalah transisi saya untuk memantapka­n lagi kerjaya. Perubahan itu perlu agar pengetahua­n kita lebih luas dan skop karier juga tidak hanya tertumpu pada satu,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia