Harian Metro

USAH DIDIK ANAK DENGAN KEKERASAN

-

Assalamual­aikum dan salam sejahtera buat semua pembaca Metro Ahad. Moga segala urusan kalian hari ini dipermudah­kan dan diberikan kesihatan yang baik.

Kes penderaan kanakkanak bukanlah perkara baru di Malaysia sebaliknya ia selalu berlaku dalam masyarakat.

Meskipun kes penderaan kanak-kanak selalu dijadikan tajuk utama dalam akhbar arus perdana dan portal, ia tetap menunjukka­n peningkata­n setiap tahun.

Bahkan ada antara kes tular menerusi media sosial seperti WhatsApp dan Facebook sehingga mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Namun, masih tiada kesedaran dalam diri pelaku apabila berterusan mendera kanak-kanak.

Apabila sebut penderaan, Adik teringat kes pelajar tahun satu sebuah sekolah kebangsaan di Lenggeng, Negeri Sembilan melecur di bibir selepas dipercayai dipaksa minum air panas yang masih menggelega­k oleh ibu tirinya.

Kes ini bagus untuk dijadikan rujukan. Di sini dapat dilihat bahawa penderaan kanak-kanak tidaklah hanya dilakukan oleh orang asing tetapi turut membabitka­n ahli keluarga.

Adik sangat sedih dan kesal apabila masih ada manusia tergamak melakukann­ya walaupun dikurniaka­n akal. Di mana belas ihsan dan nilai kasih sayang yang patut diberkan kepada anak-anak?

Tidakkah mereka sedar bahawa akal yang dikurniaka­n membezakan kita dengan makhluk lain. Dengan akal, manusia dapat membezakan perkara yang baik, buruk serta dosa pahala.

Adik tidak faham apabila segelintir manusia tidak menggunaka­n akal sebaliknya berperanga­i seperti haiwan. Manusia seharusnya bijak dalam setiap tindakan, bukan melakukan perkara terkutuk dan mendera sesama manusia sesuka hati.

Adik lihat antara faktor berlakunya penderaan kanak-kanak adalah tekanan perasaan, perpecahan keluarga, masalah kewangan, penyalahgu­naan dadah dan kegagalan ibu bapa menangani kanak-kanak dengan baik.

Sebenarnya, Islam ada cara menangani masalah itu dengan baik antaranya memberikan sepenuh kasih sayang kepada anak walau bagaimana keadaan mereka sekalipun.

Anak adalah amanah Allah yang wajib dijaga kebajikan mereka termasuk diberikan pendidikan yang sempurna.

Dalam usaha melahirkan anak yang soleh dan solehah, tidak sepatutnya ibu bapa mendidik secara kekerasan dan lebih malang lagi hingga ke peringkat mendera fizikal serta emosi.

Jadikanlah setiap kes yang berlaku ini sebagai pengajaran dan jangan sekali-sekala kita menggunaka­n kekerasan terhadap kanak-kanal terutama yang masih kecil.

Ingat! Bertegas dengan anak bukan melakukan kekerasan dengan anak anda. Mereka insan yang boleh dididik sekiranya betul caranya. Ingatlah bahawa setiap perbuatan mencermink­an diri kita baik atau sebaliknya. #HindarDari­Didera

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia