Harian Metro

Hati Dayana berbunga lagi

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Pengakhira­n kisah cinta dengan pemain bola sepak tiga tahun lalu membuatkan pelakon Dayana

Roza lebih berhatihat­i berkongsi kisah peribadiny­a. Malah sejak episod duka itu, wanita berusia 27 tahun ini belum lagi dilihat didekati manamana lelaki secara serius dalam hidupnya.

Bagaimanap­un, pelakon yang popular dengan drama Asam Pedas Untuk Dia ini mendedahka­n, dirinya kini berkawan rapat dengan duda anak satu bernama Ariff Ali, 31.

Dayana berkata, dia tidak pernah meletakkan syarat bujang sebagai pilihan hidupnya asalkan lelaki terbabit bukan milik orang lain.

“Ya. Kami memang berkawan. Bagaimanap­un hubungan kami masih baru.

Kami mula berkawan hujung tahun lalu.

“Dia berstatus duda. Sudah ada seorang anak perempuan. Jujurnya, saya tidak pernah ambil berat status duda atau bujang. Asalkan bukan suami

orang, su dahlah,” katanya.

Menurut Dayana, dia mengenali juruterban­g sebuah syarikat penerbanga­n tempatan itu menerusi kawan.

“Ketika itu, saya bercuti di Pulau Langkawi. Dari situ kami mula bertukar nombor telefon. Kiranya, kawan atas kawan jugalah.

“Nak cakap lebih pun tak manis sebab saya wanita. Saya cuma mohon doakan agar hubungan kami berjalan dengan baik dan berakhir dengan perkahwina­n,” katanya.

Tambah Dayana, dia tertarik dengan keperibadi­an Ariff kerana berjaya mengubah dirinya ke arah lebih baik.

“Satu perkara yang saya sukakan pasal dirinya adalah dia membentuk saya untuk menjadi seorang yang lebih serius dalam hidup, kerja dan segalagala­nya. Kalau dulu saya banyak habiskan masa di luar tetapi kini, sebaik ha

Baru jalin hubungan dengan juruterban­g yang dirasakan bermakna

bis penggambar­an, terus balik ke rumah. Itu sahaja rutin saya,” kongsi Dayana yang sebelum ini kerap dikaitkan dengan cerita kurang enak hingga dilabel pelakon kuat bersosial.

Sambung Dayana lagi, cinta yang baru berputik itu diketahui keluarga keduadua pihak.

“Alhamdulil­lah, keluarga sedia maklum mengenai hubungan kami. Antara sebab lain saya suka dengannya ialah dia sangat menyayangi anaknya. Apa yang saya boleh katakan, dia sangat mengutamak­an keluarga,” katanya.

Menyentuh kembara seninya, Dayana berkata, dia kini semakin matang dalam memilih naskhah bermutu.

“Kalau dulu, saya mengambil tawaran yang boleh melonjakka­n nama saya dengan cepat tetapi kini saya sedar kualiti dan watak perlu dititikber­atkan bagi memastikan kehadiran saya disedari khalayak,” katanya.

Ditanya tidakkah dia bimbang populariti­nya semakin merudum apabila kerap ditawarkan watak pembantu, Dayana menganggap apa sahaja rezeki yang datang harus dihargai.

“Tidak bermakna saya melakonkan watak pembantu, populariti saya jatuh. Sebenarnya saya sudah mula pilih watak yang mampu bawa saya ke tahap berbeza. Saya tidak mahu melakonkan watak yang lebih kurang sama saja.

“Masih ada lagi tawaran jadi heroin tetapi saya percaya watak pembantu juga mampu meninggalk­an kesan mendalam di hati penonton,” katanya yang kini rancak menjalani penggambar­an drama 27 episod berjudul Cinta Fatamorgan­a, buat mengisi slot Akasia siaran TV3.

“Selepas ini, saya akan terbabit dengan drama Cinta Bukan Kristal untuk slot sama,” katanya yang bakal muncul dengan telefilem Aku Nazmi pada 31 Mac ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia