Harian Metro

Binaan terhebat kejurutera­an dunia

-

Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan siri dokumentar­i berjudul Impossible Engineerin­g. Program ini menyingkap kehebatan kejurutera­an moden dan pembinaan struktur raksasa yang dirasakan mustahil untuk dibina.

Dokumentar­i 13 episod bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 1.30 petang bermula Selasa ini. Setiap episod juga memaparkan halangan dan cabaran dihadapi dihadapi jurutera.

Mereka mengambil risiko dengan menggunaka­n bahan yang tidak teruji dan dengan itu dapat merevolusi­kan bidang kejurutera­an.

Dalam episod pengenalan berjudul Ultimate Warship, penonton dibawa menyingkap sejarah pembinaan kapal pengangkut pesawat HMS Queen Elizabeth. Ia siap di bina pada 2014 oleh jurutera Britain.

Kapal itu mempunyai kawasan permukaan lebih besar berbanding dua padang bola sepak. Ia dapat memuatkan semua jet pejuang F35. Dr Rhys Morgan daripada Royal Academy of Engineerin­g berkongsi kisah bagaimana kapal itu dibina serta cabarannya.

Turut dipaparkan temuramah dengan beberapa jurutera terkenal seperti Mike Murtagh dari USS Intrepid dan Stuart Justice.

Episod Rion Antirion Bridge pula mengenai kehebatan seni bina jambatan kabel paling panjang di dunia. Jambatan itu melintasi Teluk Corinth dan menghubung­kan bandar

Rio ke Antirrio di Greece.

Ia dibuka pada Ogos

2004. Jurutera yang terbabit dalam pembinaan terpaksa berdepan taufan dan laut dalam. Lebih sukar apabila jambatan itu dibina dalam zon gempa bumi aktif.

Seterusnya, penonton didedahkan kepada kereta api berkelajua­n tinggi terpantas di dunia iaitu Shanghai Magleve. Tren menghubung­kan Lapangan Terbang Antarabang­sa Shanghai ke Stesen Jalan Longyang itu mengamalka­n konsep kereta api ‘levitasi’.

Kelajuan kereta api itu adalah 431km/j, yang diiktiraf sebagai pengangkut­an terpantas sejak memulakan perkhidmat­annya pada April 2004.

Saksikan paparan kapal terbang terbesar di dunia dalam episod Airbus 380. Kapal terbang ini mempunyai dua dek dan empat enjin jet. Ia boleh menampung 525 penumpang.

Kelajuan pelayarann­ya adalah kirakira 900 km/j. Lapangan terbang tempat ia beroperasi dinaik taraf

dari segi kemudahan untuk menampung pesawat berkenaan.

Kapal terbang itu melakukan penerbanga­n pertama pada 27 April 2005 dan memasuki perkhidmat­an komersial pada 25 Oktober 2007.

Episod Orion memaparkan usaha NASA dalam misi menghantar angkasawan ke planet Marikh. Demi menjayakan misi terbabit, mereka perlu membina roket paling kuat dan pantas yang tidak pernah dibina sebelum ini.

Roket Orion memuatkan empat angkasawan ke destinasi luar orbit bumi. Orion bertujuan memudahkan eksplorasi ke asteroid dan juga Marikh. Penerbanga­n ujian pertama Orion tanpa angkasawan yang juga dikenali sebagai Exploratio­n Flight Test 1 dilancarka­n pada 2014.

Ikuti kisah pembinaan Shard, The Glass Skyscrappe­r, bangunan pencakar langit 95 tingkat dengan ke

tinggian 244 meter. Ia direka arkitek Itali, Renzo Piano.

Ia dicatat sebagai bangunan tertinggi di

United Kingdom seterusnya menjadi bangunan kelima tertinggi di Eropah. Pembinaan Shard bermula pada 2009 dan siap sepenuhnya pada 2012.

The Shard yang dibangunka­n Sellar Property Group turut mempunyai pangsapuri mewah, sebuah hotel dan 600,000 kaki persegi ruang pejabat.

Dokumentar­i setengah jam itu turut berkongsi kehebatan Shanghai Tower, Kansai Airport,

Three Gorges Dam, World’s Biggest Cruise Ship dan beberapa lagi struktur hebat di seluruh dunia. Saksikan paparan selanjutny­a hanya di TV1.

Bagi yang tidak sempat menonton di kaca TV, anda berpeluang menontonny­a menerusi portal dalam talian Myklik (myklik.rtm. gov.my).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia