Harian Metro

Lalui pengalaman mistik

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Selebriti berkaki jenjang, Kelly Tandiono bukanlah nama asing dalam industri seni Indonesia. Wanita seksi itu kini bergelar model antarabang­sa.

Bahkan, dia yang berusia 32 tahun juga pernah menjadi mentor dan juri

Asia Next Top Model musim keempat. Kredibilit­inya dalam bidang peragaan tidak dapat disangkal lagi.

Turut menceburi dunia seni lakon, Kelly bakal muncul dengan filem Rumah Belanda. Kali pertama membintang­i filem seram, dia melalui banyak pengalaman yang sukar dilupakan.

Kata Kelly, menjalani penggambar­an di bangunan lama di Subang, Jawa Barat mengundang banyak kejadian aneh dan mencemaska­n apabila diganggu makhluk halus.

“Kami jalani penggambar­an di rumah peninggala­n Belanda. Menurut penduduk sekitar, bangunan itu memang ‘keras’.

“Ada babak dalam filem memaparkan kejadian yang pernah berlaku di kediaman itu.

“Ketika penggambar­an, buku-buku yang tersusun rapi tiba-tiba jatuh tanpa sebab. Disebabkan perkara itu, penggambar­an terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

“Kami juga ambil masa lama untuk selesaikan setiap babak di rumah itu. Saya sudah hafal dialog dan berlakon seperti yang dikehendak­i pengarah tetapi ada saja kesilapan teknikal berlaku,” katanya.

Kelly mengakui, menjayakan karya seram guna banyak tenaga berbanding genre aksi. Malah, dia terpaksa menahan takut sepanjang penggambar­an.

Ditanya antara kisah seram dan aksi mana satu pilihannya, Kelly pantas menjawab dia sanggup menggunaka­n seluruh tenaganya untuk babak bertarung.

“Berlakon filem seram sangat memenatkan. Rasanya filem aksi pun tidak sepenat itu.

“Bayangkan, pengarah tiba-tiba menghentik­an lakonan ketika rasa takut saya sedang memuncak. Saya harus kekalkan momentum itu apabila penggambar­an disambung semula. Ia tidak mudah,” katanya.

Menerusi filem itu, Kelly memegang watak sebagai penulis bernama Raya.

Dia diminta oleh Hilda untuk menulis biografi di rumah yang menerapkan hiasan gaya Belanda.

Beralih sisi peribadiny­a, Kelly selesa merahsiaka­n identiti jejaka yang berjaya mencuri hatinya.

Walaupun sudah dilamar tahun lalu, dia belum ada perancanga­n untuk mendirikan rumah tangga.

“Saya dan dia tidak mahu terburu-buru berkahwin. Walaupun saya sudah bersetuju dengan lamarannya, itu bukan alasan untuk kami mempercepa­tkan tarikh pernikahan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia