Harian Metro

Dayung 30km Sungai Perak

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Pelajar Sains Sukan tempuh cuaca terik hingga

kulit perit terbakar ketika jalani amali air

Bukan tugas mudah buat pelajar tahun pertama Fakulti Sains Sukan dan Kejurulati­han Universiti Pendidikan, Tanjung

Malim, Perak, Khairi Mohamad Shukri mengetuai rakannya dalam Kem Amali Aktiviti Air di Sungai Perak, baru-baru ini.

Dia yang berasal dari Bachok, Kelantan mengakui pengalaman mendayung sejauh 30 kilometer dari Kem Intan Suraya ke Lembah Kuala Kangsar adalah yang misi sukar tetapi wajib dipenuhi sebagai penilaian amali dalam bergelar guru pendidikan Sains Sukan kelak.

Kata Khairi lagi, dia perlu memikul tanggungja­wab mengetuai 80 rakan yang terdiri daripada pelajar tahun pertama untuk menamatkan misi terbabit dalam masa dijadualka­n.

“Aktiviti amali air ini memang berisiko dan memerlukan peserta sentiasa meletakkan aspek keselamata­n diri sebagai keutamaan. Ia menjadi tanggungja­wab tambahan kepada saya yang perlu memastikan rakan lain mematuhi segala prosedur ditetapkan tenaga pengajar.

“Sebahagian besar rakan tidak pernah menyertai aktiviti mendayung jarak jauh tetapi dengan sesi latihan dan tunjuk ajar pensyarah termasuk rakan fasilitato­r yang bertindak sebagai jurulatih dalam ekspedisi ini, banyak membantu kami menempuh perjalanan ini dengan yakin.

“Laluan sungai sepanjang ekspedisi ini mempunyai tarikan dan cabaran tersendiri. Di sebalik arus yang tenang, kami berdepan dengan aliran arus berubah deras secara tiba-tiba.

“Meskipun kami mendayung mengikut arus, penat masih dirasai tambahan pula cuaca terik yang membuatkan kami lencun bermandi peluh selain kulit perit terbakar.

“Bagaimanap­un, saya dan rakan-rakan tidak pula berasa tertekan kerana kami saling memberi sokongan antara satu sama lain sehingga ekspedisi tamat. Bagi menghilang­kan penat, ada kalanya kami bergurau dan menyanyi mengisi bagi mengisi masa mendayung yang panjang,” katanya.

Menurut pensyarah yang juga Pengarah Program Kem Amali Aktiviti Air Sungai Perak Dr Mazuki Mohd Yasim, ekspedisi itu penting dalam memberi pendedahan sebenar kepada bakal guru mengenai aktiviti air baik dari segi pelaksanaa­n, teknik dan keselamata­n.

“Paling utama, ia memberi pendedahan langsung buat pelajar tahun pertama mengenai aktiviti air. Di sini, mereka boleh praktikkan teori dan kaedah dipelajari selain pengalaman menghadapi senario tertentu ketika berada dalam air.

“Sebagai contoh jika pelajar alpa dan leka, mereka akan berdepan masalah. Antara yang berlaku ketika ekspedisi ini ialah ada peserta menggunaka­n rakit buluh masuk ke dalam semak.

 ??  ??
 ??  ?? AKSI peserta pada awal dayungan membelakan­gkan empangan.
AKSI peserta pada awal dayungan membelakan­gkan empangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia