Harian Metro

Ujian masa Suakasih

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Penduduk usia tujuh hingga 53 tahun

beradu siapa paling pantas

Kejohanan Suakasih Outdoor Quest - Surau Al-Ansar Cyling Time Trial 2018 ini sudah kali ketiga penganjura­nnya sejak

2016 lagi menyaksika­n penyertaan seramai 60 pelumba terdiri daripada penduduk Suakasih, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.

Peserta yang menyertai perlumbaan kali ini seawal usia tujuh sehinggala­h 53 tahun sebagai satu bentuk perkongsia­n minat terhadap aktiviti luar antaranya berbasikal buat ahli kejiranan terutama sekali kanak-kanak.

Menurut penyelaras perlumbaan Shakhir Ishak, demi menyokong dan menggalakk­an penyertaan dalam kalangan penduduk Suakasih terhadap program kayuhan itu, pihaknya mengenakan yuran seminimum mungkin untuk menampung kos penganjura­n acara terbabit.

“Kejohanan Suakasih Outdoor Quest - Surau Al- Ansar Cyling Time Trial 2018 adalah inisiatif Suakasih Outdoor Quest (SOQ) iaitu pertubuhan komuniti penduduk Suakasih

Bandar Tun Hussein Onn, Cheras dengan kerjasama belia Surau Al-Ansar dan Persatuan Penduduk Abadi Ehsan Endah, selaku penaja hadiah.

“Ketika kejohanan pertama dan kedua, tiada yuran dikenakan kerana kami mahu meraikan komitmen komuniti Suakasih dalam acara sukan basikal. Kami menggunaka­n duit poket sendiri untuk operasi termasukla­h penyediaan kemeja T eksklusif dan hadiah.

“Tahun ini kerana jumlah peserta sudah meningkat, secara tidak langsung kos lebih besar perlu ditampung penganjur, kami mengenakan caj seminimum mungkin sesuai dengan keperluan kejohanan apatah lagi ada berlaku pertambaha­n kategori seperti kategori remaja dan terbuka menerusi format ujian masa. Kami menggunaka­n medium media sosial untuk hebahan,” katanya.

Mengenai format perlumbaan basikal itu pula, kata Shakhir, pemenang ditentukan menerusi masa terpantas yang dicatatkan peserta.

“Perlumbaan ini berkonsepk­an penilaian ujian masa. Pelumba dikehendak­i menamatkan jarak kayuhan mengikut masa terpantas yang mana pelumba dilepaskan berdasarka­n giliran dan rekod masa mereka.

“Untuk satu pusingan sebenarnya jarak hanya sekitar 300 meter. Kesukarann­ya ialah peserta perlu melepasi halangan seperti tunggul dan batang kayu, selain akar pokok berselirat yang merentasi laluan mereka.

“Cabaran lain perlu ditempuhi peserta termasukla­h selekoh berbahaya. Peserta perlu melepasi semua cabaran itu tanpa jatuh dalam tempoh paling pantas,” katanya.

Selain basikal, SOQ juga aktif dalam aktiviti riadah lain termasukla­h mendaki gunung. Projek pertama mereka ialah mendaki Gunung Kinabalu dua tahun lalu.

 ??  ?? PESERTA dan kru ceria bergambar selepas perlumbaan.
KRU perlumbaan bergambar dengan peserta cilik.
PESERTA dan kru ceria bergambar selepas perlumbaan. KRU perlumbaan bergambar dengan peserta cilik.
 ??  ??
 ??  ?? PENONTON kejohanan merakam foto peserta.
PENONTON kejohanan merakam foto peserta.
 ??  ?? AKSI menarik sempat dirakam dalam perlumbaan.
AKSI menarik sempat dirakam dalam perlumbaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia