Harian Metro

Shameem keliling Semenanjun­g

-

Pemandu negara ini bertimbang rasa, keadaan jalan pula selesa

dua kayuhan solo di negara sendiri. Satu daripadany­a membabitka­n laluan Kanyakumar­i ke Kashmir selama 23 hari.

Di sana saya bergelut dengan cuaca sejuk, jalan licin dan tidak elok. Berbeza situasinya di sini apabila rakyat negara ini boleh berbangga dengan keadaan jalan yang baik selain rasa selamat kerana sikap pemandu di sini amat bertimbang rasa.

Tiada satu pun pengalaman mengerikan saya hadapi ketika dalam misi selama 15 hari itu, sebaliknya pemandu tempatan sangat bertimbang rasa termasuk kerap memberi laluan kepada saya untuk menggunaka­n jalan. Semestinya saya berharap dapat tinggal lebih lama di sini.

4. Apakah cabaran anda hadapi ketika tinggal di sini?

Tiada masalah besar melainkan sedikit isu membabitka­n makanan. Saya pengamal vegetarian. Berbanding diet utama penduduk di sini ialah daging, saya sukar menemui sajian vegetarian yang sesuai dengan selera sendiri. Ini hanya rungutan kecil saya ketika tinggal di sini.

5. Apakah lokasi anda dapati menarik untuk kunjungi di Malaysia?

Melaka dan Pulau Pinang. Meskipun saya sering ke Melaka kerana Manipal ada kampus cawangan di Bukit Baru tetapi tidak pernah rasa jemu.

Saya teruja dengan seni bina sejarah masih terpelihar­a seperti juga di Pulau Pinang.

 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia