Harian Metro

SUKAR HIDUPKAN ENJIN

-

terdapat pergerakan ataupun penurunan kelajuan melahu (idle) enjin.

Jika dirasakan sedikit pergerakan apabila gear dimasukkan, mungkin tiada masalah terhadap flywheel tetapi kerosakan operasi kekotak gear itu sendiri.

Pastikan dahulu kabel penghubung masih dalam keadaan baik dan bendalir gear mencukupi serta tidak bocor.

Juga periksa semua perkara asas sebelum mengandaik­an masalah lebih besar yang disebabkan kotak gear.

Kerosakan kotak gear akan menyebabka­n kos membaik pulih yang menelan belanja yang agak tinggi. Adakah faktor lokasi kenderaan yang sering terdedah kepada cuaca panas memberi kesan langsung terhadap enjin?

Razzi Rahim Bangi, Selangor

K eh ilangan kuasa enjin mungkin menandakan permulaan masalah biasa disebabkan kehausan enjin terutama kereta berusia.

Peningkata­n suhu enjin meruapkan simpanan bahan api pada karburator atau aras bekalan bahan api menjadi tidak mencukupi kerana penurunan keupayaan pengepam bahan api (fuel pump) yang uzur.

Percikan api pencucuhan juga boleh menurun apabila gegelung utama

(main coil) rosak dan terlalu panas hingga mengakibat­kan tahap percikan menjadi kecil.

Cuba periksa rekod penyelengg­araan kereta sama ada injap enjin sudah dilaras atau sebaliknya.

Operasi enjin menghauska­n permukaan injap dan menyebabka­nnya mendap ke dalam blok.

Apabila enjin panas, batang injap akan memanjang hingga menyebabka­nnya tidak tertutup rapat bagi mendapatka­n mampatan enjin diperlukan.

Ini menjadikan enjin hilang kuasa akibat campuran bahan api yang bocor selain menyukarka­n enjin dihidupkan apabila suhu terlampau panas.

Periksa kelegaan injap kereta dan lakukan pelasaran atau asahan injap (grind-valve) jika perlu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia