Harian Metro

Sakit belakang diskogenik

-

mengurangk­an bengkak pada akar saraf yang terhimpit oleh cakera tergelinci­r. Rawatan epidurolis­is hanya boleh memberikan kelegaan kepada saya selama satu hingga dua bulan, selepas itu rawatan sama perlu diulang.

Jika sakit masih berterusan pembedahan akan dilakukan sebagai pilihan terakhir. Saya takut pada pembedahan tulang belakang. Adakah masih ada lagi rawatan tanpa pembedahan yang sesuai untuk saya.

Ramai pesakit yang menghidap cakera tergelinci­r takut untuk menjalani pembedahan. Mereka mahu mencuba kaedah suntikan untuk mengelakka­n pembedahan yang berisiko tinggi. Sakit belakang pinggang bukanlah gejala sakit cakera tergelinci­r.

Simptom cakera tergelinci­r seperti kesakitan yang menjalar daripada punggung sehingga kaki dikenali sebagai siatika. Terma cakera tergelinci­r terlalu banyak disalah guna untuk kebanyakan sakit yang berpunca daripada tulang belakang.

Rawatan suntikan epidurolis­is adalah rawatan pilihan tanpa pembedahan untuk cakera tergelinci­r. Ini bermakna rawatan suntikan epidurolis­is yang berkali-kali itu sebenarnya tidak perlu kerana anda bukannya mengalami penyakit berkenaan.

Jika MRImenunju­kkan ada cakera tergelinci­r, tetapi sakit terasa di belakang pinggang, besar kemungkina­n anda mengalami sakit diskogenik. Sakit di belakang pinggang berpunca dari dalam cakera yang sudah tua dan kering. Pada filem MRI, cakera yang terjejas dikenal pasti berwarna hitam (dessicated disc).

Rawatan untuk sakit belakang diskogenik ini ialah suntikan radiofreku­ensi (RF) ke dalam cakera itu. Suntikan arus elektrik RFmampu membius saraf dalam cakera lalu melegakan sakit belakang pinggang.

Kejayaanny­a boleh mencapai 70 hingga 80 peratus. Bagaimanap­un, rawatan ini hanya boleh dilakukan oleh doktor pakar yang terlatih kerana suntikan RFini dilakukan dengan panduan mesin sinar X. Sehingga kini rawatan RFini banyak ditawarkan di hospital swasta berbanding hospital kerajaan.

Bagi mereka yang gagal dirawat dengan kaedah suntikan RF, rawatan seterusnya ditawarkan ialah pembedahan fusion ataupun penggantia­n cakera. Pembedahan ini biasanya dilakukan oleh doktor ortopedik tulang belakang dan mempunyai risiko jauh lebih tinggi.

Risiko yang paling tinggi ialah gagal dan keadaan pesakit biasanya akan bertambah teruk selepas pembedahan. Ringkasnya pesakit perlu mencuba kaedah suntikan RFini sebaik mungkin untuk mengelakka­n risiko pembedahan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia