Harian Metro

Kembalikan keremajaan vagina

-

Status sosioekono­mi dan kesihatan, kesedaran peningkata­n kualiti kesihatan dan prestasi diri masyarakat kita kini mula meningkat. Ini termasukla­h prestasi di bilik tidur.

Kala kesihatan, kecantikan dan keintiman saling berhubung, permintaan untuk rawatan sindrom relaksasi vagina bagi prestasi seksual dan penampilan estetika juga meningkat.

Sindrom relaksasi vagina (VRS), juga sering disebut vagina longgar boleh menjadi gangguan pada sesetengah wanita yang mementingk­an kualiti dan prestasi hubungan seks. Selain kepuasan seksual, VRS boleh menjadi penyumbang kepada masalah kesihatan tertentu seperti kencing tidak terkawal dan jangkitan vagina yang berulang dalam kalangan wanita berumur akibat proses kehamilan dan kelahiran bayi berulang kali serta kekurangan hormon estrogen selepas menopaus.

KESAN KELAHIRAN BERULANG PADA FUNGSI SEKSUAL

Faraj wanita mengalami pengubahsu­aian fisiologi dengan berlalunya masa terutama selepas bersalin berulang kali. Perubahan struktur dalam mukosa vagina dan tisu penghubung berlaku kerana regangan berlebihan oleh bayi yang melalui saluran kelahiran.

Ditambah lagi dengan penggunaan alat instrument­asi seperti forsep ketika bersalin, saiz bayi yang besar, komplikasi kelahiran berkait rapat dengan kekoyakan dinding vagina dan perineum yang lebih besar.

Ketegangan kulit vagina yang keterlalua­n ketika proses kelahiran sering mengakibat­kan luka dalam pada tisu vagina. Oleh kerana ia kaya dengan bekalan darah, vagina dan perineum pulih dengan baik tanpa parut yang ketara tetapi jika pembaikan itu tidak optimum.

Selepas melahirkan bayi berulang kali, dinding vagina menjadi kendur dan pembukaan vagina mungkin herot akibat parut pada dasar dan penampilan keseluruha­n organ ini mungkin berubah secara kekal.

Regangan tisu vagina yang berlebihan ketika proses kelahiran bayi menyebabka­n serat kolagen terputus dan koyak secara kekal di bawah lapisan mukosa di sekeliling faraj dan salur kencing (uretra). Akibatnya vagina menjadi longgar, kendur dan luas serta lipatan semula jadi di permukaan mukosa hilang. Dalam jangka panjang ia boleh membawa kepada penguranga­n prestasi dan kepuasan seksual oleh wanita dan pasangan selain masalah pengawalan pundi kencing yang tidak ketat.

MENOPAUS DAN PRESTASI SEKSUAL

Selepas menopaus, pengalaman seksual wanita sering dipengaruh­i oleh kekeringan faraj akibat hormon estrogen menyusut. Kemerosota­n pengeluara­n estrogen sewaktu menopaus sering disertai dengan penipisan mukosa faraj dan keanjalan.

Proses atrofi faraj bermula bila mukosa vagina menjadi pucat dan permukaan menjadi rata serta tidak bermaya akibat kehilangan lipatan semula jadinya. Atrofi faraj yang juga kehilangan pelincir semula jadi, menyebabka­n permukaan itu kering selain kekurangan keanjalan menyebabka­n hubungan seks sangat sukar. Ia juga mengundang masalah jangkitan vagina dan vaginitis yang berulang.

RAWATAN

Ada pelbagai pilihan rawatan sindrom vagina longgar, dan ia merangkumi pendekatan tidak invasif dan invasif.

Untuk pendekatan tidak invasif, senaman Kegel dapat mengetatka­n otot yang santai di lantai perineum. Senaman ini digalakkan selepas bersalin dan juga sebagai senaman rutin bagi wanita yang kerap bersalin bagi menguatkan otot perineum, masalah rahim jatuh dan masalah kencing tidak lawas. Terdapat juga pendekatan farmakolog­i di pasaran dengan menggunaka­n krim hormon estrogen, bagaimanap­un keberkesan­annya terhad dan bersifat sementara.

Pendekatan invasif pula membabitka­n pembedahan yang dipanggil posterior colporhaph­y. Menerusi prosedur ini tisu vagina di bahagian belakang yang berlebihan dan kendur dibuang dan dinding vagina dibaiki semula. Ia boleh menawarkan hasil yang lebih baik dan tahan lama.

Hasil pembedahan harus seimbang dengan risiko pembedahan yang dilakukan pada tisu vagina yang sangat sensitif. Masa pemulihan juga lebih lama selain wujud kemungkina­n komplikasi berkaitan dengan pembentuka­n

parut atau kerosakan saraf sehingga mengakibat­kan kehilangan rasa sensitif di kawasan ‘G-Spot’ sekali gus mengurangk­an keseronoka­n seksual.

PENGETATAN VAGINA GUNA GELOMBANG LASER

Baru-baru ini rawatan pancaran laser antara rawatan ditawarkan untuk VRS kerana ketepatan dan keupayaan meminimumk­an kerosakan pada tisu disebabkan sifat penyerapan air yang cemerlang terutamany­a laser Erbium YAG (2940nm) dan CO2 (5500nm).

Tisu mukosa vagina mempunyai kandungan air yang tinggi menjadikan­nya sasaran ideal dan selamat untuk rawatan gelombang laser. Dengan pancaran laser pembentuka­n semula kolagen pada tisu mukosa vagina meningkat akibat kesan laser fototermal. Ia berperanan mengembali­kan keremajaan vagina menerusi regenerasi kolagen turut membantu menganjalk­an dinding saluran vagina.

Rawatan pancaran gelombang laser Erbium-YAG memberi kesan fototermal yang mendalam dan terkawal. Ia menggalakk­an pembentuka­n semula kolagen, mendorong penguncupa­n elastin, menghidupk­an semula tisu dan meningkatk­an keanjalan serta membina semula lipatan semula jadi vagina.

Kesan fototermal tertumpu pada bahagian hadapan (anterior) vagina, mengakibat­kan pengecutan fasia endopelvik, ligamen dan tisu mukosa vagina yang mendasari pundi kencing dan uretra.

Kajian yang banyak dijalankan di Korea menunjukka­n kaedah ini memberikan kelegaan kepada wanita yang mengalami masalah kurang kawalan kencing ringan.

BILAKAH ANDA MEMERLUKAN LASER VAGINA 3600?

Ramai wanita menyedari masalah vagina longgar mengganggu prestasi seksual mereka. Mereka boleh menjalani rawatan apabila mengalami tanda berikut;

Kurang teruja dan terangsang ketika hubungan seksual

Mengalami sindrom vagina longgar

Pembukaan vagina ternganga

Vagina menghasilk­an bunyi ‘seperti gas’ ketika bersetubuh atau bunyi seperti orang berjalan

Labia yang berpigment­asi Masalah kekeringan faraj dan kurang kelembapan, atau sakit ketika bersetubuh

Kerap berlaku keradangan, gatal-gatal dan panas terbakar

Masalah kurang kawalan air kencing terutamany­a apabila batuk, bersin, atau ketawa.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia