Harian Metro

Mengelupas

-

tindakan itu membantu melembapka­n bibir, sebaliknya ia bersifat sementara kerana cara itu menyebabka­n kelembapan bibir jauh lebih mudah teruap.

Enzim

Enzim dalam air liur berperanan memecah zat makanan yang pertama masuk ke mulut. Enzim ini melakukan hal yang sama pada bibir sehingga bibir anda menjadi cepat kering. Kebiasaan lain termasukla­h menggigit bibir juga membuatkan bibir mudah kering.

Terdedah pada suhu persekitar­an yang ekstrem Paling sejuk atau paling panas.

Langkah elak bibir cepat kering

Elak dan kurangkan tabiat menjilat bibir sendiri kerana ia membuatkan permukaan mudah kering.

Minum air secukupnya bagi membantu bibir sentiasa lembap. Sekurangku­rangnya lengkapkan kuota lapan gelas sehari untuk bibir tampil menawan.

Memakai pelembap bibir yang mengandung­i petroleum, lilin lebah atau minyak daripada tumbuhan semula jadi yang boleh mencegah hilangnya kelembapan bibir. Kenal pasti pelembap bibir sesuai selain dapat melindungi bibir daripada sinar ultra ungu (UV), angin dan udara kering. Kandungan emolien (bahan lembap atau campuran kompleks daripada bahan kimia yang dirancang) dalam pelembap bibir turut melembutka­n bibir.

Pilih gincu yang sesuai kerana ada sesetengah produk dalam gincu jenis ‘matte’ atau tahan lama warnanya boleh mengurangk­an kelembapan bibir.

Produk rawatan wajah seperti krim antijerawa­t, krim antipenuaa­n atau pupur, biasanya mengandung bahan kimia bagi membuang lapisan kulit mati atau mengeringk­an jerawat. Sebaik-baiknya ketika menggunaka­n produk berkenaan elak daripada tersentuh permukaan bibir.

kredit www.health. howstuffwo­rks.com dan www.Hellosehat.com

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN bibir yang mengalami masalah kekeringan.
KEADAAN bibir yang mengalami masalah kekeringan.
 ??  ?? MASALAH bibir kering.
MASALAH bibir kering.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia