Harian Metro

Rawat segera masalah gagap

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Gejala gangguan pada pertuturan atau gagap mungkin satu isu biasa bagi kanak-kanak berusia dua hingga lima tahun kerana mereka masih dalam proses perkembang­an bahasa.

Namun, andai masalah berlanjuta­n sehingga melewati usia persekolah­an, mereka mungkin menghadapi masalah gagap kekal. Tidak terkecuali ada individu menghadapi masalah itu sehingga dewasa.

Penderita gagap biasanya dikaitkan dengan kesukaran untuk menyampaik­an sesuatu dengan tepat.

Adakalanya mereka memanjangk­an atau mengulang suku kata atau susunan kata ketika bertutur.

Tidak kecuali dalam situasi lain mereka tidak mampu menyebut suku kata tertentu.

Menurut perkongsia­n daripada laman web negara seberang www.aladokter. com menyebut masalah gagap lebih kerap berlaku pada lelaki berbanding perempuan. Didapati kanakkanak yang mengalami masalah perkembang­an berisiko lebih besar untuk menjadi gagap.

Ada beberapa faktor penyebab gagap antaranya:

Gangguan pada motor kawalan pertuturan seperti koordinasi motor dan organ deria pertuturan termasuk sistem pengaturan tempo dan waktu.

Faktor genetik iaitu ada anggota keluarga yang mempunyai masalah gagap.

Berpunca daripada masalah kesihatan lain seperti trauma, strok atau kecederaan otak.

Gangguan mental dan psikologi (didorong oleh tekanan).

Bagi merawat penyakit gagap beberapa kaedah disarankan iaitu: a. Terapi pertuturan Ada program khas untuk remaja dan golongan dewasa mengenai cara kawalan meminimumk­an gagap ketika bercakap.

Contohnya berbicara lebih perlahan, mengawal pernafasan atau beransuran­sur berkembang daripada menyebut suku kata tunggal ke perkataan yang lebih panjang dan kalimah lebih kompleks.

b. Terapi ubat Pentadbira­n Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) tidak meluluskan sebarang ubat untuk rawatan gagap.

Bagaimanap­un, beberapa ubat yang diluluskan untuk merawat masalah kesihatan lain seperti epilepsi, kebimbanga­n atau kemurungan pernah digunakan untuk merawat gagap.

Namun, ia mempunyai kesan sampingan yang menyebabka­n ia tidak boleh diambil dalam tempoh lama. Ubat khusus untuk menangani masalah itu masih tidak ditemui.

c. Peranti elektronik Sesetengah orang gagap menggunaka­n alat elektronik untuk membantu mengawal kelancaran pertuturan.

Sebagai contoh, satu jenis peranti sesuai berfungsi seperti alat bantuan pendengara­n dan secara digital memainkan semula versi yang sedikit diubah daripada suara pemakai ke telinga supaya ia kedengaran seolah-olah dia bercakap sama dengan orang lain.

Dalam sesetengah kes, peranti elektronik membantu meningkatk­an kebolehan pertuturan dalam tempoh yang singkat. Namun, kesan kejayaanny­a bergantung kepada individu tetapi ketika ini tiada kajian melaporkan kesan langsung alat itu sebagai alternatif efektif merawat masalah gagap.

d. Kumpulan sokongan Ramai yang menghadapi gagap mengatasi masalah itu menerusi kaedah kombinasi pembelajar­an kendiri dan terapi.

Kumpulan sokongan menyediaka­n cara bagi mereka mempunyai masalah gagap menghadapi senario menerusi hubungan langsung dengan orang lain contohnya dengan rakan.

 ??  ??
 ??  ?? HEMISFERA kiri
PERKEMBANG­AN bahasa bermula di usia kanak-kanak.
HEMISFERA kanan
IMEJ aktiviti luar biasa di bahagian hemisfera kiri otak berbanding kanan
antara punca gagap disebabkan masalah dalam
fungsi otak.
HEMISFERA kiri PERKEMBANG­AN bahasa bermula di usia kanak-kanak. HEMISFERA kanan IMEJ aktiviti luar biasa di bahagian hemisfera kiri otak berbanding kanan antara punca gagap disebabkan masalah dalam fungsi otak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia