Harian Metro

Mohon bina jalan baru ‘SERBU’ 4 LOKASI

- Mohd Nazllie Zainul cnews@nstp.com.my

Bintulu: Penduduk Kampung Labang di Sebauh, di sini memohon pembinaan jalan baru ke kawasan penempatan itu disegeraka­n selepas empat tahun projek itu diluluskan kerajaan negeri.

Laluan sepanjang 2.5 kilometer itu sebahagian daripada tiga projek infrastruk­tur diluluskan kerajaan negeri di daerah berkenaan membabitka­n peruntukan RM10 juta, tetapi masih belum dilaksanak­an.

Dua projek lain ialah pembinaan Jambatan Sebauh membabitka­n kos RM150 juta dan Jalan Kampung Hilir Sebauh-Tanah Perkuburan Selia bernilai RM31 juta.

Ketua Belia Kampung Labang, Bujang Michi, 43, berkata, pembinaan laluan baru itu sudah lama dinantikan penduduk kampung berkenaan sejak sekian lama.

“Kami berharap projek ini dapat disegeraka­n bagi keselesaan penduduk, sama ada ingin ke pusat bandar atau kawasan lain tanpa perlu menggunaka­n jalan sungai,” katanya.

“Ketika ini, penduduk kampung terpaksa menyeberan­gi Sungai Kemena untuk ke tempat letak kereta di simpang jalan Ladang Agro Borneo. Jika jalan menuju kampung siap dibina, ia pasti memberikan keselesaan buat penduduk kerana kenderaan dapat diletakkan terus ke rumah masing-masing,” katanya.

Penduduk, Rosnam Seman, 48, turut berharap projek pembinaan jalan terbabit dipercepat­kan kerana penduduk kampung sudah menunggu sekian lama.

Seramai 50 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Operasi Bersepadu PATI di daerah ini, malam kelmarin.

Dalam operasi bermula jam 8 malam itu, polis menahan 18 lelaki dan 20 wanita, selain sembilan kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan membabitka­n warga Filipina serta Indonesia yang berusia antara dua hingga 65 tahun.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superinten­dan Ladamah Sulaiman berkata, operasi dijalankan di empat lokasi, iaitu Kampung Sapat, Kampung Simpudu, Kampung Kabang dan kawasan kuari Benoni, di sini.

Katanya, operasi bersepadu itu inisiatif pihaknya dalam usaha pencegahan jenayah, terutama membabitka­n jenayah ragut, pecah rumah dan samun di sekitar daerah ini.

“Selain itu, kami juga mahu mencegah kemasukan PATI agar tidak memberi kesan dan imej negatif kepada daerah.

“Secara keseluruha­nnya kemasukan PATI di daerah ini masih terkawal, namun operasi berterusan akan dijalankan dari semasa ke semasa,” katanya, semalam.

Dalam pada itu, Ladamah berkata, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959.

Beliau turut mengingatk­an penduduk supaya tidak mengambil risiko menggaji pekerja asing tanpa permit sah kerana boleh dikenakan tindakan undang-undang.

50 pendatang asing tanpa izin ditahan

 ??  ??
 ??  ?? PANGKALAN Kampung Labang tempat penduduk kampung meletakkan kenderaan mereka sekiranya balik ke kampung.
PANGKALAN Kampung Labang tempat penduduk kampung meletakkan kenderaan mereka sekiranya balik ke kampung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia