Harian Metro

Redah hutan demi kesihatan awam

-

selain cuaca panas atau hujan,” katanya.

Jejaka berusia 29 tahun ini juga mengakui, cabaran itu memberi pengalaman baru kepada dirinya apabila banyak mengajar erti nilai kesederhan­aan ketika membantu golongan memerlukan.

“Kerjaya dalam kesihatan persekitar­an ini memerlukan penelitian setiap kali menjalanka­n kerja-kerja pengawasan penduduk untuk pencegahan penyakit berjangkit.

“Di samping mengawal, kami memberi ceramah, mengadakan pameran atau sesi dialog bagi menyalurka­n maklumat kesihatan kepada masyarakat,” katanya.

Menurutnya, keikhlasan itu hadir dalam dirinya kerana sikap menerima yang sedia ada dan pernah mengalami kesusahan seperti orang lain menyebabka­n dia terus berkhidmat dalam bidang berkenaan.

“Mereka yang tinggal di pedalaman sudah tentu sukar untuk mendapatka­n rawatan. Jadi, saya mahu mereka sentiasa peka dalam penjagaan kesihatan tidak kira ketika wabak, bencana alam atau penyakit biasa.

“Setiap kali saya lihat keadaan individu yang tinggal di kawasan mudah dipengaruh­i penyakit, saya pasti akan berfikir sejenak sekiranya saya berada di tempatnya.

“Oleh itu, saya wajar memantau dan menasihati tidak kira walaupun terpaksa berkeras sedikit hingga ia berubah menjadi kawasan yang tidak mudah diancam penyakit,” katanya.

Anak kedua daripada lima beradik itu juga bekerja sebagai pengacara pada waktu lapang, Dia meminati bidang nyanyian dan menjadi hasratnya untuk mengembang­kan karier dalam pelbagai bidang lain.

“Jika diberi peluang, saya mahu meneroka pelbagai bidang lain termasuk kerjaya yang boleh membantu golongan memerlukan,” katanya.

 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ??  ?? PROFIL
Nama: Wenddy Jaikon Usia: 29 tahun
Lahir: 23 Disember 1989 Asal: Kampung Timbang Batu, Kota Marudu Tinggi: 172 sentimeter Berat: 70 kilogram Kelulusan: Diploma Kesihatan Persekitar­an, Kolej Kesihatan Awam Kuching
Pekerjaan: Penolong Pegawai...
PROFIL Nama: Wenddy Jaikon Usia: 29 tahun Lahir: 23 Disember 1989 Asal: Kampung Timbang Batu, Kota Marudu Tinggi: 172 sentimeter Berat: 70 kilogram Kelulusan: Diploma Kesihatan Persekitar­an, Kolej Kesihatan Awam Kuching Pekerjaan: Penolong Pegawai...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia