Harian Metro

DBKK cuma pantau, beri nasihat

-

Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan melaksanak­an rondaan dengan lebih kerap sekitar lokasi menjadi tumpuan anak jalanan di bandar raya ini.

Ketua Pengarah DBKK, Datuk Joannes Solidau berkata, sebelum ini pihaknya menjalanka­n rondaan di lokasi tumpuan kumpulan anak jalanan seperti Pasar Besar Kota Kinabalu dan Pasar Malam Sinsuran.

Joannes berkata, ketika ini DBKK hanya memberi nasihat atau memanggil ibu bapa anak jalanan terbabit supaya tidak melakukan aktiviti yang boleh menimbulka­n rasa kurang selesa dalam kalangan pengunjung.

“Tidak semua anak jalanan ini meminta sedekah, ada yang menjual beg plastik tapi tidak semua pengunjung selesa dengan kehadiran mereka.

“Cara mereka yang mendesak atau memaksa pengunjung membeli beg plastik menyebabka­n anak jalanan ini kurang disenangi.

“Tapi kami tidak boleh tahan mereka sewenangwe­nangnya kerana segelintir anak jalanan berkenaan adalah rakyat tempatan,” katanya ketika dihubungi, barubaru ini.

Mengulas lanjut isu itu, Joannes berkata, setakat ini pihaknya belum menerima aduan berkaitan perkara negatif atau kejadian tidak diingini membabitka­n anak jalanan dianggarka­n berusia tujuh hingga 15 tahun.

Menurutnya, hampir setiap hari bermula jam 7 pagi anak jalanan akan merayau dalam kumpulan antara enam hingga 10 orang di lokasi berkenaan.

“Satu langkah penyelesai­an waktu ini adalah meningkatk­an lagi rondaan bagi memantau aktiviti golongan berkenaan, selain memastikan mereka tidak melakukan kegiatan tidak elok,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia