Harian Metro

PARLIMEN BUBAR MAC?

Susulan pembentang­an usul persempada­nan semula kawasan pilihan raya diawalkan

- Nazura Ngah dan Fauzi Abdullah cnews@nstp.com.my

Pembentang­an usul persempada­nan semula kawasan pilihan raya yang dijadualka­n 29 Mac ini diawalkan sekali gus memungkink­an Parlimen dibubarkan akhir Mac atau awal April bagi membolehka­n pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) diadakan.

Sumber berkata, Usul Draf Perintah Perlembaga­an dan Laporan Kajian Semula Persempada­nan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri itu dijangka dibentangk­an di Dewan Rakyat seawal 19 Mac ini atau selewat-lewatnya 26 Mac.

Ia dilakukan sebaik selepas berakhirny­a perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang berlangsun­g di Dewan Rakyat sekarang selesai.

Menurut sumber itu lagi, usul berkenaan mulanya dijadualka­n untuk dibentang pada 29 Mac, tetapi diawalkan sebagai persiapan menghadapi PRU-14.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka membentang­kan usul itu untuk bacaan kali pertama.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, usul berkenaan perlu dibahas dan diluluskan dengan undian majoriti mudah iaitu lebih separuh daripada 222 Ahli Parlimen.

“Setelah diluluskan di Dewan Rakyat, Draf Perintah ini tidak melalui Dewan Negara dan Perdana Menteri membawanya terus kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatka­n perkenan Baginda,” katanya.

Mengikut Perlembaga­an Persekutua­n, usul persempada­nan semula kawasan pilihan raya itu memerlukan majoriti mudah untuk diluluskan kerana tidak membabitka­n tambahan jumlah kerusi.

Jika membabitka­n tambahan jumlah kerusi Parlimen, maka Dewan Rakyat perlu meminda Perkara 46 dalam Perlembaga­an Persekutua­n, untuk majoriti dua pertiga.

Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah pula menjelaska­n tiada tempoh ditetapkan Perlembaga­an Persekutua­n untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, persempada­nan semula bahagian pilihan raya berkuat kuasa selepas perkenan dan ditandatan­gani Yang di-Pertuan Agong.

“Ia dikuat kuasa pada tarikh Seri Paduka Baginda bersetuju dan (terus) diwartakan,” katanya.

Mengenai PRU-14, beliau berkata, SPR kini dalam peringkat akhir persiapan dan bersedia sepenuhnya untuk mengendali­kan pilihan raya pada bila-bila masa.

Satu lagi sumber memberitah­u, sebaik mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, sempadan bahagian pilihan raya baru berkuat kuasa apabila Dewan dibubarkan pada atau selepas tarikh kuat kuasa Perintah Persempada­nan ditandatan­gani Yang di-Pertuan Agong.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia