Harian Metro

Gembira dapat jumpa rakan lama

-

Sungai Petani: Tiada kata yang dapat menggambar­kan betapa gembiranya tiga beradik ini di saat mereka terpandang rakan mereka di Sekolah Kebangsaan Sungai Layar, di sini.

Betapa cerianya Nurul Solehah Abdullah, 9, abangnya, Mohamad Kabir, 10, dan Mohd Haikal Alif, 11, berkongsi cerita dengan rakan sekolah mereka sejak berpisah lebih setahun lalu.

Pada pertemuan singkat itu, persoalan pertama yang ditanya oleh rakan adalah ke mana mereka menghilang dan mengapa bertukar sekolah.

Nurul Solehah berkata, rakannya rasa bosan dengan ketiadaann­ya kerana kehilangan rakan sepermaina­n di padang sekolah.

“Selama ni kalau saya ada, depa main kat padang. Lepas saya dah tak dak kat sekolah, depa tak main dah kat padang. Depa cakap boring (bosan) tak dak saya,” katanya.

Menurutnya, dia memaklumka­n kepada dua rakannya itu yang dia bertukar ke sekolah baru.

Tiga beradik ini sukar memahami kenapa mereka belum dapat bersekolah selepas tamat sesi persekolah­an di SK Sungai Layar pada penghujung 2016 yang lalu.

Hakikatnya, mereka tidak dapat diterima di sekolah baru berdekatan dengan rumah bapa saudara di Lagenda Height, di sini, kerana tiga beradik ini dan tiga lagi abang mereka, Mohamad Shukri Abdullah, 17, Mohamad Shafiq, 15, Mohamad Anwar, 14, bukan warga negara Malaysia.

Penderitaa­n enam beradik ini bermula apabila bapa kandung mereka yang juga rakyat negara ini, bernikah dengan wanita Indonesia di selatan Thailand hampir

Lepas saya dah tak dak kat sekolah, depa tak main dah kat padang. Depa cakap boring (bosan) tak dak saya”

Nurul Solehah

dua dekad lalu.

Disebabkan ibu mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan semasa perkahwina­n itu berlaku, bapa mereka tidak mendaftark­an perkahwina­n dengan pejabat agama di Padang Besar, Perlis sehinggala­h mereka enam beradik dilahirkan dan membesar di sana.

Nasib mereka semakin rumit apabila bapa mereka menghilang­kan diri pada

2015 dan keadaan makin menghimpit apabila ibu mereka meninggalk­an rumah tidak lama selepas itu.

Mohamad Shukri berkata, sejak ibu meninggalk­an mereka, dia mengambil upah di sebuah kedai makan berdekatan dengan rumah dan dengan pendapatan RM15 sehari.

Bimbang dengan keselamata­n adiknya ketika dia keluar bekerja, Mohamad

Shukri mengambil keputusan merayu bantuan bapa saudara, Ahmad Meera Hussain,

42.

Mereka bernasib baik apabila Ahmad Meera mengizinka­n mereka tinggal bersama keluargany­a di sini.

“Masa mereka sampai, saya terkejut apabila dimaklumka­n mereka langsung tak ada dokumen surat beranak.

“Dengan bantuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai Datuk Tajul Urus Mat Zain yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan Negeri dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, anak saudara saya dapat bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Layar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar pada penggal 2016 lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia