GUNDAH HATI ATUK
> “Saya tidak tahu bagaimana untuk memberitahu dua cucu berusia 4 tahun dan 11 bulan yang ayah dan ibu mereka sudah tiada," kata Mat Nawi Salleh, 62. Anak Mat Nawi, Mohd Sazarim, 31, bersama isteri, Nur Aniisa Ismail, 27, maut kemalangan ketika dalam perj
“Saya tidak tahu bagaimana untuk memberitahu dua cucu yang ayah dan ibu mereka sudah tiada,” kata Mat Nawi Salleh, 62.
Anak Mat Nawi, Mohd Sazarim, 31, bersama isteri, Nur Aniisa Ismail, 27, yang difahamkan sedang hamil dua bulan maut dalam kemalangan di Jalan Salor Baru di sini, awal pagi semalam.
Dalam insiden jam 4.15 pagi, kereta Perodua Kancil dinaiki pasangan itu yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Pasir Mas hilang kawalan sebelum bertembung dengan Proton Waja di laluan bertentangan.
Suami isteri itu yang parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Pemandu Proton Waja berusia 44 tahun yang cedera pula dikejarkan ke Hospital Pasir Mas untuk rawatan.
Pasangan itu meninggalkan dua anak, Muhamad Amin Syahiran, 4, dan Muhamad Anas Akil, 11 bulan.
Bercerita lanjut, Mat Nawi berkata, sebelum kejadian anak dan menantu yang tinggal bersamanya di Kampung Sat Hulu, Tanah Merah, keluar rumah pada jam 1 pagi.
Katanya, pasangan itu mahu mengambil bekalan sayur di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini manakala kedua-dua anak lelaki mereka sedang tidur.
Menurutnya, dia kemudian dimaklumkan mengenai kemalangan itu oleh anak saudara yang datang ke rumah pada jam 4.30 pagi sebelum bergegas ke hospital.
“Sebaik tiba di hospital, saya dimaklumkan anak dan menantu sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini, semalam.
Mat Nawi berkata, sehari sebelum kejadian, dia sempat berbual dengan Mohd Sazarim, tetapi anaknya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan.
“Selepas ini, saya akan mengambil tanggungjawab menjaga dua cucu saya yang kini yatim piatu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, Perodua Kancil terbabit dikatakan hilang kawalan
Suami isteri kemalangan tinggalkan dua anak kecil
Saya tidak tahu bagaimana untuk memberitahu dua cucu yang ayah dan ibu mereka sudah tiada”
Mat Nawi
dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta Proton Waja.
“Akibat perlanggaran itu, pemandu Perodua Kancil tersepit, manakala penumpangnya tercampak keluar dari kenderaan.
“Kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.