Harian Metro

Pantau kes buli pusat tahfiz

-

Bukit Beruntung: Kes pergaduhan dan lari dari pusat tahfiz membabitka­n pelajar di Maahad Tahfiz Al Kholidi, Kampung Hulu Kalong, Ulu Yam, di sini, bukan kali pertama berlaku.

Mudir Maahad Tahfiz Al Kholidi, Yunus Kamaruddin berkata, sejak pusat itu dibuka pada 2008 beberapa kes pergaduhan dan pelajar melarikan diri dilaporkan, namun bukan disebabkan kejadian buli seperti berlaku terhadap seorang pelajar lelaki, Sabtu lalu.

“Ada berlaku juga (pergaduhan) sebelum ini. Bila kami dapati kes pergaduhan berlaku akan terus siasat.

“Ini bukan kali pertama. Lari dari pusat tahfiz pernah berlaku sebelum ini tapi bukan buli.

“(Unsur) buli tak berapa jelas sebab bila kami siasat dengan pelajar perkara itu tidak belaku. Pergaduhan juga atas pelbagai sebab. Kami siasat puncanya dan selesaikan,” katanya.

Semalam, akhbar ini melaporkan seorang pelajar, Syed Khairun Hazim Syed Husain, 13, mengalami kecederaan pecah tisu pinggang sebelah kiri, koyak tisu kaki kanan dan lebam di beberapa bahagian badan akibat diterajang dan ditumbuk dua senior berusia 14 tahun.

Kejadian buli itu berlaku hampir setiap hari sejak mangsa belajar di pusat tahfiz berkenaan sehingga dia nekad melarikan diri jam 4.30 pagi Sabtu lalu.

Yunus berkata, kes itu kini dalam siasatan polis dan menjadi kewajipan pihak pengurusan tahfiz memastikan perkara itu tidak berulang.

Katanya, dia bertanggun­gjawab memastikan kepercayaa­n ibu bapa yang menghantar anak ke Maahad Tahfiz Al Kholidi dijaga dan yakin pusat itu menjadi tempat mendidik ilmu agama serta al-Quran.

“Saya menghormat­i keputusan bapa pelajar terbabit memanjangk­an kes kepada pihak berkuasa dan media.

“Pihak kami akan menambah baik sistem pemantauan pelajar termasuk mengaktifk­an semula kamera litar tertutup (CCTV) di pusat tahfiz ini,” katanya.

Pihak kami akan menambah baik sistem pemantauan pelajar termasuk mengaktifk­an semula kamera litar tertutup (CCTV) di pusat tahfiz ini”

Yunus Kamaruddin

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro,
semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia