Harian Metro

Ajak Shiro masuk hospital ‘penat’ otot

-

Shah Alam: Pelawak popular Ajak Shiro, 32, dimasukkan ke pusat perubatan di sini, malam kelmarin akibat masalah otot.

Pengurusny­a, Roy Idris berkata, Ajak atau nama sebenarnya, Mohamad Hanaffi Razak mengadu sakit di bahagian perut dan tidak boleh membuang air kecil ketika menjalani latihan untuk rakaman program Bintang Bersama Bintang Raya di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, malam kelmarin.

“Ajak mengadu kepada saya dia sakit di bahagian perut dan ulu hati. Ketika itu dia juga terbaring kesakitan. Selepas saya berikannya ubat, rasa sakit itu tak hilang.

“Kemudian dia beritahu tak boleh buang air kecil. Melihatkan keadaannya yang teruk, saya meminta pihak produksi memberi pelepasan dan saya bawanya ke hospital,” katanya.

Roy berkata, Ajak kemudian diberikan rawatan, namun keadaannya masih tidak stabil.

Menurutnya, Ajak kemudian dipindahka­n ke pusat perubatan di Petaling Jaya, tengah malam kelmarin kerana ia hospital panel untuk insurans kesihatann­ya.

“Hasil pemeriksaa­n doktor memaklumka­n Ajak mengalami masalah otot. Difahamkan, otot tubuh Ajak ‘penat’ kerana Ajak tidak mendapat rehat secukupnya.

“Doktor juga memasukkan air secukupnya ke dalam badannya supaya dia boleh membuang air kecil. Ia juga bagi mengelakka­n cecair terkumpul di buah pinggang yang membolehka­n buah pinggang rosak,” katanya.

Terdahulu, gambar Ajak di atas katil hospital yang dimuat naik isterinya, Nur Afifah Amin di Instagram, semalam menerima lebih 45,000 like dan hampir 700 komen daripada netizen.

 ??  ?? AJAK
AJAK
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia