Harian Metro

Taubat nasuha penghapus dosa

-

Bagi pelaku maksiat dan dosa besar seperti berzina, apakah Allah SWT akan mengampuni dosa yang dilakukan itu?

Setiap Muslim mengetahui zina termasuk dalam kategori dosa besar. Allah SWT bukan saja melarang manusia melakukan zina, malah segala perbuatan menuju ke arah perbuatan zina juga turut ditegah.

Malangnya, manusia tidak kira siapa sama ada golongan remaja atau dewasa ramai yang terjebak dengan pelakuan keji lagi terkutuk itu.

Lantas, masih adakah peluang Allah SWT berikan untuk bertaubat menghapusk­an dosa zina sebelum ini?

Dalam firman Allah

SWT yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hambahamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah kerana sesungguhn­ya Allah mengampunk­an segala dosa, sesungguhn­ya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihan­i.” (Surah az-Zumar, ayat 53)

Ayat itu pastinya melegakan hati setiap daripada kita kerana rahmat dan keampunan Allah SWT sebenarnya sentiasa terbuka luas buat hambaNya yang ingin berubah dan bertaubat.

Bukan hanya tertakluk kepada dosa zina saja, malah apa saja dosa besar atau kecil yang pernah dilakukan selama hidup ini pasti Allah SWT ampunkan.

Bagaimanap­un, taubat perlu dilaksanak­an dengan bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan.

Orang yang bertaubat tidak akan mengulangi kesalahan sama. Taubat yang sebenar-benarnya adalah taubat nasuha.

Mudah-mudahan Allah SWT membukakan pintu keampunan atas usaha yang dilakukan itu.

Kemudian, perlu ada rasa penyesalan dalam diri. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihan­i.”

Selain berhenti daripada melakukan dosa zina serta perbuatan mukadimah zina, rasa penyesalan yang terbit daripada hati itu memberi makna cukup berharga supaya nafsu sentiasa dipelihara supaya tidak mengulangi dosa sama pada masa akan datang.

Justeru, taubat tidak boleh ditunda dan perlu segera dilaksanak­an sebelum terlambat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat serta berserah bulat-bulat kepada-Nya sebelum kamu didatangi azab kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolonga­n.” (Surah az-Zumar, ayat 54)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia