Harian Metro

Nikmati harga berpatutan lebih 1,000 barangan

-

Lebih 1.2 juta pelanggan setia AEON Co (M) Bhd (AEON) bakal menikmati pemberian baucar tunai bernilai antara RM3 hingga RM30 sempena pelancaran kempen besar-besaran, Promosi 2018 AEON, yang bermula minggu lalu.

Menerusi kempen ini, AEON memperkena­lkan promosi Hari AEON dan Hari Terima Kasih yang dilancarka­n sepanjang tahun bagi menghargai kesetiaan pelanggann­ya.

Pengarah Eksekutifn­ya, Poh Ying Loo berkata peningkata­n kos sara hidup membuatkan lebih ramai rakyat Malaysia mencari pilihan terbaik untuk berbelanja terutama pembelian barangan runcit.

“Bagi kempen Hari AEON yang dilaksanak­an pada setiap 8 dan 28 haribulan, pelanggan boleh berbelanja di semua pasar raya AEON, MaxValu, MaxValu Prime dan AEON Wellness.

“Orang ramai bakal menikmati baucar tunai percuma sebanyak RM3 bagi perbelanja­an RM60 manakala RM5 bagi setiap perbelanja­an RM100.

“Hari Terima Kasih pula berlangsun­g pada hujung minggu kedua dan terakhir setiap bulan dengan pemberian baucar tunai sebanyak RM5 hingga RM30 (bagi perbelanja­an antara RM80 hingga RM300).

“Dengan pemberian baucar tunai ini, ia dapat membantu pelanggan dalam berbelanja dan merancang pembelian pada masa depan,” katanya ketika merasmikan pelancaran kempen Promosi 2018 AEON, Khamis lepas.

Pelanggan AEON turut menikmati pembelian lebih 1,000 barangan pada harga berpatutan.

 ??  ?? PELANCARAN Hari AEON dan Hari Terima Kasih yang berlangsun­g pada setiap bulan sepanjang 2018.
PELANCARAN Hari AEON dan Hari Terima Kasih yang berlangsun­g pada setiap bulan sepanjang 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia