Sasaran juara KAFA semakin tersepit dihukum
Irfan mahu Terengganu FC fokus Piala FA
“Lupakan kekalahan kepada JDT (Johor Darul Ta’zim), sebaliknya pemain perlu bangkit bertemu Selangor dalam saingan Piala FA Jumaat ini,” kata pengendali Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim.
Jurulatih berpengalaman itu berkata, ia kerana saingan Piala FA adalah sasaran utamanya musim ini untuk memburu trofi selepas terkandas pada separuh akhir musim lalu kepada Kedah dengan agregat 0-4.
“Sasaran utama saya musim ini adalah untuk mara ke final Piala FA iaitu selangkah lebih baik berbanding musim lalu dan seterusnya muncul juara.
“Oleh sebab itu saya sudah maklumkan kepada pemain supaya memberi tumpuan bertemu Selangor Jumaat ini dan perlu bangkit memburu kemenangan dalam aksi pusingan ketiga itu kerana format pertandingan adalah kalah mati,” kata bekas pengendali FELDA United itu.
Berdasarkan rekod terkini dalam pertemuan Liga Super bulan lalu, skuad Peteh Terengganu Peteh berjaya menjinakkan Red Giants 4-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, dekat sini.
Pertemuan kali kedua Jumaat Kota Bharu: Denda berupa pemotongan geran tahunan RM1.5 juta yang dikenakan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) menjejaskan kantung Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).
Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, hukuman yang dikenakan menyulitkan KAFA yang sangat memerlukan geran tahunan berjumlah
RM3 juta untuk menguruskan ini dalam saingan Piala FA juga di stadium sama dijangka menarik kerana kedua-dua pengendali pasukan itu sudah pasti dapat membaca corak permainan masing-masing.
Mengulas lanjut, walaupun Irfan sedar Selangor juga mengidam untuk layak ke suku akhir, tetapi beliau mengakui sudah merangka strategi lebih ampuh untuk memerangkap skuad itu.
“Kemenangan 4-1 dalam saingan liga tidak boleh dijadikan ukuran kerana saingan piala ini berbeza dan kejayaan itu sudah jadi sejarah buat TFC, tapi untuk berdepan dengan skuad P Maniam perlu ada taktikal lebih mujarab walaupun beraksi di laman sendiri,” kata Irfan.
Pada 2011, skuad Terengganu yang dibimbing Irfan berjaya melakar kejayaan muncul juara Piala FA selepas menumpaskan pasukan jiran, Kelantan 2-1. pasukan pada musim ini.
“KAFA mohon FMLLP mempertimbangkan rayuan kami memandangkan pengurusan baru KAFA sentiasa berusaha bersungguh-sungguh mencari jalan terbaik menyelesaikan beberapa kes tunggakan gaji pemain yang membabitkan persatuan ini dengan Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.
Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingan menjelaskan pasukan yang didenda atas kesalahan gagal melengkapkan pendaftaran musim ini tidak akan menerima bayaran penuh geran tahunan.
Sepuluh pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang dikenakan hukuman denda RM500,000 dan RM1.5 juta mungkin tidak sempat untuk menikmati kenaikan geran tahunan bakal diberikan FMLLP pada Rabu ini.
Ini kerana badan pengelola Liga-M itu bertindak memotong terus geran tahunan mengikut jumlah denda yang dikenakan pasukan berkenaan.
Bagaimanapun, Bibi Ramjani berkata, KAFA belum lagi diberi notis berhubung hukuman denda pemotongan geran tahunan itu.
“KAFA cuma dimaklumkan hukuman tetap ada namun KAFA agak terkejut dengan jumlah denda yang dikenakan memandangkan jumlahnya agak tinggi.
“Situasi sebegini menyulitkan kantung kewangan KAFA yang sangat memerlukan tambahan geran tahunan berjumlah RM3 juta untuk menguruskan pasukan musim ini.
Dalam kenyataan sama, Bibi Ramjani berkata, pihaknya sedang dalam proses mengemaskini kewangan persatuan dan sedia bekerjasama dengan FMLLP bagi memastikan rayuan pasukannya dipertimbangkan sewajarnya.