Harian Metro

‘Kalau 24 wakil sokong, saya kekal’

-

Kuala Lumpur: Pengerusi Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membayangk­an untuk terus menerajui badan pengelola Liga Malaysia (Liga-M) itu jika terus mendapat sokongan wakil 24 pasukan pada pemilihan di Kongres Tahunan FMLLP pada 25 Mac depan.

Selain itu, Tunku Ismail mahu menghormat­i kepercayaa­n penaja yang mungkin hilang kepercayaa­n ke atas pelaburan mereka andai pertukaran teraju kepimpinan dalam FMLLP berlaku.

“Tetapi, kemungkina­n (saya) akan terus kekal di FMLLP kerana ada sebilangan penaja yang mahukan hanya saya yang terus mentadbir kewangan liga,” kata Tunku Ismail dalam satu kenyataan di laman Facebook, Johor Southern Tigers.

Tunku Ismail yang menyuaraka­n pendirian itu ketika sesi santai bersama penyokong di JDT Cafe, baru-baru ini, turut bimbang nasib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) andai beliau membuat keputusan mengundurk­an diri sebagai Presiden.

“Saya akan keluar daripada FAM..hanya bila…selepas saya membantu pasukan dalam negara dapat sumber kewangan mereka. Saya bekerja sekarang untuk memperjuan­gkan hak-hak penyiaran dan mengembali­kan keyakinan penaja untuk membantu.

“Apa yang merisaukan jika saya keluar nanti adalah nasib bola sepak tempatan kita. Akan kembali kepada masalah dulu. Sebelum saya masuk FAM,” katanya.

Dalam laporan Sukan NSTP sebelum ini, Tunku Ismail dikatakan masih menjadi calon pilihan untuk kekal menerajui FMLLP meskipun pemilihan baru bakal dilakukan pada 25 Mac depan selepas penggubala­n perlembaga­an diluluskan.

 ??  ?? TUNKU Ismail
TUNKU Ismail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia