Harian Metro

Salah seorang perlu hadir ke pejabat konsulat

-

Kangar: Salah seorang antara pasangan perlu hadir sendiri ke pejabat konsulat. Itu syarat ditetapkan bagi permohonan mendapatka­n surat perakuan pernikahan pasangan Malaysia di selatan Thailand.

Berdasarka­n maklumat yang diperoleh dari laman sesawang Konsulat Malaysia di Songkhla, salah seorang di antara pasangan perlu mengisi borang permohonan perakuan pernikahan yang hanya boleh didapati di pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.

Bagi pengantin perempuan yang berusia kurang daripada 18 tahun, ibu atau bapa perlu hadir semasa pernikahan dan ketika permohonan perakuan dibuat di pejabat konsulat.

Mereka yang memohon juga perlu membayar 100 baht (RM12.47) bagi setiap helaian dokumen yang dikemukaka­n untuk pengesahan konsulat.

Pengeluara­n surat perakuan pernikahan akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua hari bekerja atau lebih, bergantung kepada maklum balas daripada Majlis Agama Islam tempat pernikahan pasangan berkenaan.

Syarat permohonan yang dikeluarka­n oleh Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla itu juga turut menyenarai­kan beberapa dokumen yang perlu dikemukaka­n dalam dua salinan.

Dokumen yang diperlukan adalah salinan kad pengenalan pasangan, salinan muka hadapan pasport atau pas sempadan pasangan, salinan bukti cop kemasukan ke Thailand, sijil dan keterangan nikah yang dikeluarka­n oleh majlis agama Islam di selatan Thailand.

Surat pengesahan terkini daripada Majlis Agama Islam bagi pernikahan yang melebihi setahun, surat cerai atau sijil kematian (sekiranya pasangan adalah janda), surat pengesahan masuk Islam (sekiranya pasangan adalah mualaf).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia