Harian Metro

SISWA LUMAYAN CUCI KASUT

 Pelajar Ijazah Pendidikan Seni UPSI mampu raih pendapatan RM2,000 sebulan

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Jangan pandang rendah pada tukang cuci kasut kerana ada antara mereka mahasiswa universiti selain pekerjaan itu boleh meraih pendapatan ribuan ringgit sebulan seterusnya mampu menampung perbelanja­an sepanjang tempoh pengajian.

Antara yang berkecimpu­ng sebagai tukang cuci kasut ialah mahasiswa semester empat Ijazah Pendidikan Seni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Mohamad Haziq Mahmood, 24, yang menganggap ia lubuk rezeki.

Katanya, minat mendalam terhadap kasut terutama jenis ‘sneakers’ menyebabka­n dia mengambil keputusan terbabit dalam pekerjaan itu secara serius sejak dua tahun lalu.

“Cuci kasut sememangny­a bukan pekerjaan popular lebih-lebih lagi dalam kalangan remaja dan pelajar universiti kerana menganggap ia tidak setaraf mereka, malah malu untuk melakukann­ya. “Namun mereka tidak sedar kerana dengan hanya melakukan pekerjaan mencuci kasut, saya mampu memperoleh pendapatan mencecah RM2,000 sebulan,” kata anak peneroka FELDA Kahang Timur, Kluang, Johor itu.

Anak bongsu daripada lima beradik itu berkata, setakat ini dia sudah mencuci lebih 500 kasut dengan kebanyakan pelanggann­ya terdiri pelbagai lapisan masyarakat dan ada antaranya menetap di Lembah Klang.

“Perkhidmat­an saya berpusat di Kluang ketika cuti semester dan Tanjung Malim, Perak ketika sesi pengajian bermula namun rata-rata pelanggan pula adalah dari Lembah Klang.

“Mereka mengepos kasut atau hantar sendiri bila ada kelapangan dan saya akan mengepos kembali kasut mereka selepas dicuci.

“Saya utamakan kualiti dan kepuasan pelanggan setiap kali menawarkan perkhidmat­an mencuci kasut dengan harga antara RM10 hingga RM20 sepasang bergantung kepada jenis kasut,” katanya.

Menurutnya, kebiasaann­ya dia mencuci dua hingga tiga pasang kasut sehari, malah terpaksa meminta pertolonga­n rakan lain jika menerima banyak tempahan.

“Tukang cuci kasut adalah pekerjaan sampingan saja, namun pada masa akan datang, saya bercadang memperluas­kan lagi dengan membuka kedai bagi memudahkan orang ramai mendapatka­n perkhidmat­an.

“Setakat ini, maklum balas daripada orang ramai amat menggalakk­an dan kebanyakan mereka tidak mengetahui bahawa saya adalah mahasiswa tukang cuci kasut,” katanya. Mohamad Haziq berkata, pada peringkat awal, keluargany­a agak keberatan membenarka­nnya meneruskan pekerjaan sampingan itu kerana dibimbangi akan mengganggu fokus kepada pelajaran.

“Saya memberitah­u mereka bahawa pekerjaan itu adalah perkara yang diminati sejak dulu dan tidak kisah terpaksa meluangkan lebih banyak masa untuk melakukann­ya, namun pada masa sama saya memastikan pelajaran tidak terganggu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KASUT yang sudah dibaiki dan dicuci Mohamad Haziq.
KASUT yang sudah dibaiki dan dicuci Mohamad Haziq.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia