Harian Metro

ANGKARA PEMBURU GUNA M16

 Sindiket pemburu haram raih RM800,000

- Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@nstp.com.my

Sekurang-kurangnya 20 gajah di hutan sekitar daerah ini dipercayai dibunuh sindiket pemburu haram profesiona­l sejak sembilan tahun lalu.

Sindiket itu dipercayai didalangi empat lelaki berusia 40 hingga 49 tahun.

Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, empat lelaki itu ditahan dalam satu operasi dijalankan polis bersama Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bermula Sabtu sehingga semalam.

Menurutnya, gerakan dikenali Op Gading membolehka­n keempat-empat suspek ditahan secara berasingan di beberapa lokasi di daerah ini.

“Susulan penahanan mereka, polis menemui bangkai seekor gajah yang mati dibunuh di Hutan Piah di sini dan gadingnya hilang dipercayai diambil untuk dijual.

“Sindiket ini dipercayai melakukan kegiatan memburu dan menjual hasil hidupan liar seperti gading gajah, harimau dan rusa, malah dipercayai memperoleh hasil lumayan sepanjang sembilan tahun.

“Pemburuan haram mereka dipercayai membawa keuntungan dianggarka­n mencecah RM800,000,” katanya dalam sidang media khas selepas lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik di sini, semalam.

Turut hadir dalam sidang media itu, Ketua Pengarah PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Hashim.

Zulkifli berkata, operasi itu merampas dua senapang patah buatan sendiri, satu senapang Colt 5.56, satu Rifle .458, lima laras barel buatan sendiri, 255 pelbagai peluru, dua kelopak peluru M16 dan pelbagai senjata tajam dipercayai kegunaan sindiket terbabit.

Menurutnya, selain merampas peralatan digunakan untuk kegiatan berburu, polis menemui hasil buruan sindiket itu iaitu satu tanduk rusa dan tujuh tulang hidupan liar dipercayai tulang harimau serta wang tunai RM10,500.

“Wang tunai dirampas itu dipercayai hasil jualan gading daripada bangkai gajah yang ditemui dan hasil soal siasat terhadap keempat-empat suspek, mereka mengaku baru saja menjual gading itu kepada orang tengah di sempadan negara dengan harga RM12,000.

“Polis menjalanka­n siasatan terperinci dan bekerjasam­a dengan polis Thailand bagi mengenal pasti sindiket yang bekerjasam­a dengan semua suspek. Kami yakin menjejaki suspek lain,” katanya.

Zulkifli berkata, semua suspek direman hingga 18 Mac ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971; Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 6 Akta Bahan Letupan, Kakisan dan Senjata Merbahaya 1958.

Sementara itu, Abdul Kadir berkata, gajah yang ditemui mati dibunuh itu dianggar berusia 30 tahun dan bedah siasat ke atasnya mengesahka­n punca kematian akibat luka tembakan di kepala dan punggung.

Katanya, harga pasaran gading gajah sekitar RM2,000 sekilogram dan berdasarka­n statistik tiga tahun lalu mendapati jumlah gajah di seluruh Semenanjun­g adalah 1,200 hingga 1,500 ekor.

 ??  ??
 ??  ?? ZULKIFLI (tengah) menunjukka­n senjata dan barangan rampasan daripada pemburu di Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik, semalam. Gambar kecil, gajah berusia 30 tahun ditemui mati.
ZULKIFLI (tengah) menunjukka­n senjata dan barangan rampasan daripada pemburu di Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik, semalam. Gambar kecil, gajah berusia 30 tahun ditemui mati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia