Harian Metro

SINDROM KAKI SIBUK

Penyakit berlebih-lebih dalam segala hal

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

> Teruja meletakkan diri mereka ‘cukup penting’ hingga sentiasa mencelah ketika mesyuarat dan selalu ingin menjadi pembuat keputusan dalam segala hal adalah antara ciri individu mengalami Gangguan Personalit­i Narsisisti­k (NPD). ‘Kaki sibuk’ ini cenderung untuk memiliki perasaan, fantasi dan tingkah laku berlebih-lebih terhadap pencapaian diri, kecantikan dan kuasa sedangkan realiti sebenar sebaliknya, lapor Yusmizal Dolah Aling

 Individu alami Gangguan Personalit­i Narsisisti­k tanpa sedar perlu rawatan psikologi

Teruja untuk bercakap di depan khalayak, sentiasa mencelah ketika mesyuarat dijalankan dan selalu ingin menjadi pembuat keputusan di dalam perbincang­an adalah antara ciri seseorang yang mengalami Gangguan Personalit­i Narsisisti­k (NPD), watak yang dikatakan ada di dalam semua organisasi di dunia ini.

Tidak terkecuali di Malaysia, kelompok individu ini sering menjadikan diri mereka sebagai ‘cukup penting’ biarpun sebenarnya hanya mencukupka­n korum mesyuarat dan bukannya individu yang layak untuk membuat keputusan.

Pegawai Psikologi Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (UPM) Muhammad Za’im Rosli berkata, ia adalah satu bentuk kekacauan atau gangguan yang tidak disedari berlaku dan lazimnya dipengaruh­i persekitar­an serta pengalaman hidup.

Katanya, NPD merujuk kepada personalit­i diri seseorang yang secara berlebih-lebihan mencintai kehebatan dirinya dan sentiasa merasakan diri terlalu penting dalam banyak hal sehingga menuntut layanan istimewa daripada orang lain.

Menurutnya, mereka ini cenderung untuk memiliki perasaan, fantasi dan tingkah laku yang berlebih-lebih terhadap pencapaian diri, kecantikan serta kuasa sedangkan realiti sebenar adalah sebaliknya.

“Dalam keadaan tertentu, individu ini merasakan diri sangat penting

dan hebat dalam hal berkaitan pencapaian diri, bakat serta suka dilihat sebagai orang yang penting walaupun keadaan sebenarnya adalah bercanggah.

“Mereka juga mempunyai fantasi yang berlebih-lebih terhadap kejayaan diri, kuasa, kepintaran, kecantikan dan cinta yang ideal.

“Selain itu, mereka percaya bahawa diri terlalu istimewa dan unik yang hanya boleh difahami mereka yang mempunyai status atau pangkat tertinggi saja,” katanya.

Muhammad Za’im berkata, mereka yang menghidap kecelaruan itu juga menuntut diri dipuji dan dikagumi orang lain, merasakan diri layak diberi layanan istimewa selain ada yang sampai ke tahap mengambil kesempatan atau memanipula­si orang lain untuk mencapai keinginan peribadi.

Menurutnya, individu yang mengalami gangguan personalit­i seperti ini lazimnya tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya mengalami gangguan atau kecelaruan psikologi yang perlu dirawat.

Katanya, mereka juga sukar menerima pandangan orang lain dan menganggap diri mereka adalah normal, malah mereka yang cuba membantu mungkin akan dianggap sebagai individu yang mencemburu­i dirinya.

“Ada yang terlalu obses untuk mengendali­kan mesyuarat di pejabat sehingga merasakan orang lain tidak boleh membuat keputusan pada hari itu.

“Selain itu, mereka hanya berasa puas jika dapat menonjolka­n diri atau sekurang-kurangnya memberi pandangan ketika perbincang­an sedang berlangsun­g.

“Secara umumnya, perasaan dan tingkah laku ini tidak baik untuk mereka yang bekerja dalam satu organisasi kerana ia membabitka­n hubungan dengan rakan sekerja menjadi terganggu,” katanya.

Menurutnya, antara tip yang boleh diamalkan bagi mengelak daripada terkena NPD ialah sentiasa mengucap syukur atas segala nikmat dan rezeki yang diberi, memperbany­akkan refleksi diri serta menambah baik kualiti fikiran, emosi, rohani serta tingkah laku dan menjaga kualiti tidur.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia