Harian Metro

DUA HARI DALAM GAUNG

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@nstp.com.my

Seorang lelaki ibarat mati hidup semula apabila diselamatk­an selepas dua hari terperangk­ap dalam gaung di Jalan Samarakan di sini, petang kelmarin.

Difahamkan, mangsa berusia 50 tahun itu ‘tersadai’ dalam gaung sedalam 20 meter selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) dipandunya hilang kawalan jam 3 pagi, Sabtu lalu.

Sumber memberitah­u mangsa ditemui hanya berseluar dalam dan berada dalam keadaan lemah oleh penduduk rumah panjang di kawasan berhampira­n jam 6.20 petang, kelmarin.

Menurutnya, mangsa yang memandu Toyota Hilux gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas ke dalam gaung berkenaan.

“Lebih malang lagi kejadian tidak disedari pengguna lalu lintas lain kerana keadaan gaung yang agak dalam dan sukar dilihat dari jalan.

“Bagaimanap­un, penduduk rumah panjang yang kebetulan melalui kawasan itu curiga melihat keadaan dahan pokok yang patah sebelum melakukan pemeriksaa­n lanjut, seterusnya membawa kepada penemuan mangsa,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa cuba merangkak keluar dari kawasan gaung berkenaan namun gagal disebabkan keadaannya yang lemah, selain turut cedera susulan kemalangan itu.

Sementara itu, Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Nor Hisham Mohammad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.40 petang berhubung penemuan lelaki itu.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian untuk menjalanka­n operasi menyelamat.

“Pasukan bomba perlu turun ke gaung sedalam 20 meter untuk membawa mangsa yang ditemui berdekatan Toyota Hilux yang remuk dalam keadaan lemah dan cedera,” katanya.

 Lelaki terperangk­ap dalam pacuan empat roda ditemui dalam keadaan lemah

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA bomba membantu mangsa terbabit kemalangan di Jalan Samarakan, Bintulu.
ANGGOTA bomba membantu mangsa terbabit kemalangan di Jalan Samarakan, Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia