Harian Metro

DIBULI PERUNDING PERKAHWINA­N

 Pelakon kemungkina­n ambil tindakan terhadap syarikat perancang perkahwina­n

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan @hmetro.com.my

Pelakon Sherry Ibrahim berang dengan tindakan sebuah syarikat perancang perkahwina­n yang meletakkan komen di Instagram meminta pelakon itu melihat video majlis persanding­an pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura, baru-baru ini.

Sherry, 35, berkata, tindakan syarikat itu dipercayai ada niat tidak baik memandangk­an Sherry pernah digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan Fattah beberapa tahun lalu.

“Saya memandang serius perkara ini. Ia adalah buli siber. Saya membuka peluang kepada mereka untuk membuat permohonan maaf berserta alasan.

“Jika tiada jawapan munasabah daripada mereka, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya kepada Harian Metro.

Kelmarin, syarikat berkenaan meletakkan komen di Instagram Sherry dan bertanya sama ada dia sudah menonton video majlis persanding­an itu yang dimuat naik di Instagram mereka.

“Hi @sherryibra­him, dah tengok wedding (majlis perkahwina­n) Fattzura? Kami ada post (muat naik) wedding Fattzura di IG (Instagram) kami. Jom tengok,” tulis mereka.

Sherry atau nama sebenarnya, Syarizad Ibrahim berkata, dia marah kerana komen sebegitu secara tak langsung akan membuka ruang untuk netizen melaga-lagakannya dengan Fattah dan Fazura.

“Saya tak mahu nanti ada pihak yang melaga-lagakan kami sedangkan saya tidak ada sebarang isu dengan mereka. Lagipun, majlis dan video itu tiada kaitan dengan saya,” katanya.

Sherry juga yakin bahawa itu bukanlah komen berbentuk

spam, sebaliknya strategi pemasaran.

“Saya yakin bahawa tindakan mereka meninggalk­an komen itu memang disengajak­an. Kalau spam atau komen automatik, mereka tidak boleh tag nama saya di dalam komen,” katanya.

Sherry berkata, komen yang dimuat naik kelmarin itu bagaimanap­un hilang pagi semalam dipercayai sudah dipadam pihak terbabit.

Sementara itu, syarikat terbabit menerusi Instagram mereka memuat naik kenyataan bahawa akaun mereka digodam.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SHERRY tidak teragak-agak ambil tindakan.
SHERRY tidak teragak-agak ambil tindakan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia