Harian Metro

Berlagak ketua semua hal

-

Kuala Lumpur: “Saya tidak sangka tindakan selalu mengangkat tangan ketika cikgu menanyakan soalan di sekolah menjadikan saya seorang yang ingin masuk campur dalam apa saja suasana walaupun ketika bekerja.

“Setiap kali ada sesi dengan rakan, saya berlagak seperti ketua kumpulan walaupun hanya perbincang­an biasa menyebabka­n seorang rakan pernah menegur saya yang hendak menentukan menu minuman di sebuah restoran,” kata wanita mahu dikenali sebagai Farah, 28.

Dia antara individu menghidap Gangguan Personalit­i Narsisisti­k (NPD), sejenis penyakit aneh yang menyebabka­n seseorang itu berasakan diri mereka sebagai amat penting dan suka menyibuk serta menonjolka­n diri di dalam segala hal.

Farah yang pernah menjadi pemimpin pelajar di zaman universiti berkata, setiap hari dia memastikan rakan merujuk kepadanya terlebih dulu sebelum melakukan sebarang tindakan walaupun perkara itu bersifat peribadi.

“Ketika di universiti, saya tidak sedar apa saya buat itu sebenarnya menjengkel­kan. Walaupun ada rakan tarik muka, saya tetap dengan perangai saya yang suka menonjolka­n diri.

“Sehinggala­h selepas saya bekerja di sebuah syarikat swasta, ketua jabatan menegur cara saya berkomunik­asi dengan kakitangan lain menyebabka­n saya mula terfikir, apakah yang saya lakukan selama ini adalah betul,” katanya.

Farah berkata, dia mendapatka­n khidmat kaunseling dan mendapati dirinya mengalami kekacauan yang perlu dirawat secara bimbingan motivasi kerana sikap itu terbawa-bawa selama beberapa tahun lalu.

Katanya, pada peringkat awal, dia berasa kekok untuk belajar mendiamkan diri, namun lama-kelamaan berasa yakin kerana rakannya bertambah ramai dan mula mengajakny­a untuk terbabit dalam aktiviti serta program di tempat kerja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia