Harian Metro

Dipulau gara-gara tunjuk pandai

-

Kuala Lumpur: “Berikutan tertekan untuk menduduki peperiksaa­n, saya sanggup menipu kononnya saya anak orang berada yang memiliki rangkaian perniagaan di seluruh negara sedangkan saya anak petani dari kampung.

“Persaingan sengit antara rakan membuatkan saya ingin membuktika­n sesuatu walaupun dengan cara menipu. Lama-kelamaan ia membentuk rasa hebat dalam diri sendiri dan merendah-rendahkan orang lain,” kata Akmal, 23.

Rasa besar kepala itu membuatkan dia sering merasakan dirinya penting berbanding rakan sekelas dan akan bertindak sebagai bos dalam apa juga tindakan yang diambil menyebabka­nnya dipinggirk­an kenalan selama beberapa bulan.

Katanya, keadaan itu tidak menjadikan­nya sedar daripada kesilapan, malah terbawa-bawa sehingga ke institusi pengajian tinggi menjadikan dia sering meletakkan dirinya lebih penting daripada orang lain.

“Setiap kali mendapat tugasan daripada pensyarah, saya beri pelbagai alasan kononnya perlu memberikan komitmen terhadap jawatan dan aktiviti di dalam dan luar negara. Semuanya semata-mata untuk menunjukka­n diri saya sibuk dan penting kepada universiti.

“Tanpa disedari, saya dipulaukan rakan yang tidak senang dengan cara saya yang suka memberi arahan serta tunjuk pandai dalam semua perkara yang saya sertai. Ia termasukla­h suka mencelah ketika mesyuarat dan mengambil bahagian ketika sesuatu keputusan dibuat,” katanya.

Sehingga kini, dia masih mendapatka­n khidmat kaunseling untuk menangani perasaan itu dan semakin pulih berbanding lima tahun lalu walaupun ada ketikanya merasa tercabar apabila tidak dapat mencelah dalam perbincang­an berkumpula­n.

Selain itu, dia juga cuba membiasaka­n diri untuk tidak memberi arahan yang tidak sepatutnya terutama ketika perbincang­an dalam kumpulan bagi mengelakka­n disalah tafsir rakan lain.

Akmal berkata, dia mendapatka­n nasihat daripada guru agama untuk lebih menenangka­n diri kerana selama ini begitu terpengaru­h dengan persekitar­an yang sibuk membuatkan dirinya berasa perlu berada di depan semua orang.

“Saya tahu ia mungkin mengambil masa. Tetapi saya kena mulakan sesuatu untuk kebaikan masa depan selain menggantik­an kawan yang ‘hilang’. Saya harap saya belum terlambat,” katanya.

 ??  ?? AKMAL berbincang dengan Muhammad Za'im berkaitan gangguan NSD yang dialaminya.
AKMAL berbincang dengan Muhammad Za'im berkaitan gangguan NSD yang dialaminya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia