Harian Metro

‘Meratap’ di sisi mayat ibu

 Rakan jumpa budak kecil menangis tepi mangsa bunuh

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@nstp.com.my

Pilu apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun menangis di sisi mayat ibunya yang meninggal dunia dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Pandan Indah di sini, kelmarin.

Bagaimanap­un, tidak diketahui berapa lama kanak-kanak berkenaan meratapi ‘pemergian’ wanita itu sebelum ditemui rakan mangsa jam 2 petang.

Difahamkan, terdahulu rakan ibunya cuba menghubung­i wanita terbabit namun gagal sebelum lelaki berkenaan ke rumah mangsa.

Lelaki itu mendapati pintu rumah dikunci dengan mangga sebelum memecahkan­nya untuk masuk ke dalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, mangsa yang juga warga Myanmar berusia 31 tahun ditemui rakannya terbaring atas katil bilik tidur dengan muka dan tangannya lebam selain kesan darah atas tilam.

“Rakan mangsa turut mendapati ada kanak-kanak lelaki menangis di dalam rumah itu.

“Lelaki itu menghubung­i polis memaklumka­n kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Hamzah berkata, susulan itu polis menahan seorang lelaki warga Myanmar berusia 26 tahun pada hari sama untuk siasatan lanjut.

“Berdasarka­n petunjuk dan siasatan, lelaki terbabit dipercayai mempunyai hubungan dengan mangsa.

“Suspek direman seminggu bermula hari ini (semalam) hingga 19 Mac ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. Bukan terjatuh namun dipercayai didera.

Itu nasib malang menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang kini koma selepas dikatakan ‘diserang’ sawan sebelum terjatuh dalam tandas sebuah rumah di Pandan Perdana di sini, kelmarin.

Mangsa dihantar ke Hospital Ampang, di sini, dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh dua lelaki tempatan jam 6.30 petang dan memaklumka­n pegawai perubatan yang kanak-kanak terbabit mengalami sawan sebelum terjatuh dalam tandas di rumah mereka.

Dua lelaki terbabit

 ??  ?? HAMZAH
HAMZAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia